Wednesday, February 29, 2012


Pemuda Umno Pulau Pinang kecewa dengan tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang membuat laporan polis berhubung dakwaan ancaman yang diterimanya semasa kekecohan Himpunan Hijau di Padang Kota, Pulau Pinang pada Ahad lalu.

Menurut ketuanya, Shaik Hussein Mydin (kiri), Lim menyalahkan Umno bagi apa yang berlaku terhadap dirinya pada hari berkenaan.

"Tindakan Lim ibarat orang tua nyanyuk yang cuba berebut botol susu dengan kanak-kanak,” katanya.

Namun, Shaik Hussein mendakwa beliau mengalu-alukan siasatan segera dan menyeluruh terhadap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara selepas ucapan ringkas Lim pada perhimpunan tersebut.

Dalam kejadian Ahad lalu, kira-kira 50 penyokong pro-Lynas, yang sebahagian besarnya terdiri daripada ahli Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, didakwa menggangu perhimpunan anti-Lynas di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang ketika Lim sedang berucap.

Ia disusuli dengan asakan kumpulan itu yang terus mencaci Lim, termasuk menunjukkan kasut ke arah ketua menteri. Orang ramai kemudian cuba membuat rantaian manusia bagi menghalang Lim daripada diserang dan dalam kekecohan itu dua wartawan dilaporkan dipukul.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Menurut Shaik Hussein, beliau yakin hasil siasatan akan membuktikan bahawa Lim yang sebenarnya mencetuskan ketegangan kerana semasa di atas pentas beliau mengarahkan ahli Umno supaya diam.

"Kenyataan Lim menyimpang daripada tujuan sebenar Sudut Pidato diadakan, ia sepatutnya menjadi ruang atau tempat untuk kebebasan bersuara."

Beliau kemudian mencadangkan kepada Lim agar mempelajari daripada bekas Ketua Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon mengenai cara-cara menerajui pentadbiran negeri.

Dakwanya, Koh yang menjadi ketua menteri selama 18 tahun, sentiasa tenang dan sabar walaupun dibidas oleh kawan-kawan dan juga seterunya.

"(Lim) tidak perlu belajar dari bapanya (Lim Kit Siang) yang hanya tahu menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat," katanya dalam nada menyindir.

9 comments:

Anonymous said...

gambar atas tu ketua pemuda umno ker?
uhuk uhuk uhuk

Anonymous said...

wei sial 847,

jgn pandang pada kulit la...

kalau bab nak hina org meme pakatan juara...
______________________________________________

kalau jamban umah lge rosak pun mesti dia akan tuduh umno punya keja...
tak da akal punya CM(CIBAI MUSIBAT)

PEJUANG HAMAS...

Anonymous said...

bukan setakat jamban rosak....semut hurung gula kat rumah dia pun nanti dia kata UMno punya kerja...takdak akai punyai CMLT (Cibai musibat lahanat thui)

Anonymous said...

jangan kata semut hurung gula.. selipar putus pun dia kata UMNO punyer kerje.. CMLKT (cibai musibat lahanat khoit thui)

Adik Sayang said...

Transformasi Palsu - Generasi Muda Terengganu Generasi Terbodoh Sepanjang Zaman( Sumpah Aku Takkan Undi BN Walaupun Aku Ahli UMNO )
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155



Mahasiswa2 Malaysia Bodoh2 Dan Tolol2 ( Kejam Dan Teraniaya ).. Bodohnya Aku Kalau Aku Terus Berjuang Untuk UMNO
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=31913&postdays=0&postorder=asc&start=0
2 ~ http://forum.mykmu.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=65445
3 ~ http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=639811
4 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22139#486542
5 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28011.html
6 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3151
7 ~ http://www.ehoza.com/v4/forum/forumdisplay.php?270-Isu-Semasa-2011&s=63a289413c17d2b7384748ad617318aa

Anonymous said...

Lim Guan Eng...Adalah lebih hang angkat kaki dan berambus balik Melaka. Org Melayu Pulau Pinang dan hangat hati...membuak2 nie...

Pencinta Bangsa said...

sesiapa yang menghina ketua pemuda UMNO Pulau Pinang nampaknya memang tak faham dengan perlembagaan negara kan???

Anonymous said...

itula bro... india ke melayu tu? macam india je. mcmana india jadi ketua pemuda parti MELAYU?

Anonymous said...

perlembagaan UMNO parti Melayu kan? ini rupa india bro. bukan MELAYU ni. jujur saya cakap. kalau cek asal usul keturunan pon mesti ada darah India ni bro. India muslim ya, MELAYU rupa macam ni, memang jatuh standard kita bro.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.