HOT : PUSAT MAKSIAT DALAM HUTAN ALA TARZAN DAN JANE..ANUWAR MESTI SUKA??


Kegiatan seks tidak mengira tempat. Itulah penemuan terbaharu pihak berkuasa yang tidak menyangka ada kumpulan gemar melakukan hubungan seks di tengah rimba.

Rahsia di kawasan hutan simpan itu terbongkar apabila pihak berkuasa pada pukul 11 pagi kelmarin menyerbu Hutan Simpan Kenaboi di sini dan menemui satu lokasi di tengah-tengah hutan yang menempatkan 16 buah pondok yang dibina dengan kayu dan beratap nipah.

Setiap pondok itu pula dilengkapi dengan tilam, bantal dan selimut untuk keselesaan mereka menginap di situ secara berpasangan.

Malah lebih istimewa terdapat sebuah pondok lain yang dilengkapi dengan kemudahan dapur seperti kuali, periuk dan tong gas.

Sebuah tandas yang selesa juga dibina di kawasan hutan itu bagi memudahkan pengunjung yang menghabiskan masa beberapa hari di dalam hutan terbabit.

Markas tersebut dipercayai dibina sekumpulan pemilik kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai hobi beriadah dan berseronok secara liar pada hujung minggu.

Turut ditemui tin-tin minuman keras dan sejumlah kondom yang sudah dipakai.

** mesti yang lelaki bayangkan dia tarzan dan yang perempuan pula jane...hahahahahaha

HOT : PUSAT MAKSIAT DALAM HUTAN ALA TARZAN DAN JANE..ANUWAR MESTI SUKA?? HOT : PUSAT MAKSIAT DALAM HUTAN ALA TARZAN DAN JANE..ANUWAR MESTI SUKA?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:18 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.