HOT : PENGURUS KESELAMATAN HOTEL BUKTIKAN USTAZ KESAYANGAN ANWAR TIPU...


Persoalan mengapa Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron enggan membuat laporan polis walaupun mendakwa 20 orang membelasahnya ketika ditangkap khalwat di sebuah hotel di Pantai Balok di sini kelmarin terjawab apabila siasatan pihak hotel itu mendapati dakwaan dia dipukul tidak benar.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengurus keselamatan hotel tersebut yang berkata, rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) hotel itu mendapati tidak ada kelibat sekumpulan lelaki seramai 20 orang memasuki hotel itu antara pukul 2 hingga 3 pagi Sabtu lalu.

Beliau turut menegaskan, tiada seorang pun pekerja hotel yang ternampak begitu ramai lelaki bagaikan samseng memasuki hotel dan seterusnya menuju ke bilik penginapan Dr. Badrulamin sebagaimana didakwa.

Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan.

"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.

"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
HOT : PENGURUS KESELAMATAN HOTEL BUKTIKAN USTAZ KESAYANGAN ANWAR TIPU... HOT : PENGURUS KESELAMATAN HOTEL BUKTIKAN USTAZ KESAYANGAN ANWAR TIPU... Reviewed by Empayar Pemuda on 8:30 AM Rating: 5

16 comments:

  1. Hahahaha kantoi lagi

    ReplyDelete
  2. Apalagi tunjuklah CCTV bagaimana Badrol masuk bilik ngan perempuan tersebut.....baru lar terangkat.....

    ReplyDelete
  3. dah kantoi, banyak alasan...buat malu je...tengok minah tu cun jugak...he..he..he..tapi bini orang daa....

    ReplyDelete
  4. ini ler yg dikatakan maku dulang paku serpih..yg ini ler dajal cam anuuwar

    ReplyDelete
  5. Ostad nampak Syaitan kot... Syaitan2 tersebut belasah dia kerana dia terlalu bodoh sampai terkantoi... pengikut2 Setan sepatutnya lebih pandai menipu...

    ReplyDelete
  6. Ustaz pembohong..,sebab benda sedap sanggup cipta cerita, dosa belakang kira

    ReplyDelete
  7. Harap hotel tu saman bahlol tu 10 juta, bagi pengajaran sikit. Dah kantoi nak salahkan semua orang keliling. Bagi dia terduduk terus. Orang macam ni tak guna kesian. Dah ada 3 bini masih lagi nak sapu bini orang. Memang dajal. Orang yg dah biasa je berani buat kerja macam ni.

    ReplyDelete
  8. Apa lagi Hotel ni saman je Bad tu menjatuhkan reputasi hotel tersebut

    ReplyDelete
  9. Salam semua;
    Swiss Garden Hotel adalah hotel 4 atau 5 bintang. Bagaimana boleh 20 orang gangster masuk kedalam hotel tanpa disedari oleh pengurusan dan pihak keselamatan hotel. Adakah pihak keselamatan hotel gagal mengenalpasti kehadiran begitu ramai gangster memasuki hotel dan naik ke tingkat dimana penghuni tinggal.
    Jika ini benar berlaku, adalah tidak selamat untuk menginap di Swiss Garden Hotel Kuantan. Pihak Swiss Garden Hotel Kuantan perlu mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara diatas terutamanya bila ada penginap hotel mendakwa dipukul oleh gangster didalam bilik hotel.

    ReplyDelete
  10. "Menurutnya, hotel tersebut mempunyai CCTV di setiap laluan di tangga dan lif, bukannya di laluan menuju ke bilik penginapan."

    tak selamat hotel ni. Kalau ada petugas pecah masuk dan curi barang tk blh kesan/buktikan!

    ReplyDelete
  11. dah kata dah awal2..mustahil 20orang belasah dia nampak elok je.

    yang paling pelik, kononnya nak betulkan cadar. setahu aku kalau kita check in, bilik yang diberi memang telah dikemas dan dibersihkan..

    yang pasti, dia dah menipu. dlm kelam kabut nak cover malu..spin punya spin, last2 kantoi..

    ReplyDelete
  12. Saman je penipu tu...

    NURUL IZZAH SESAT DI LEMBAH PANTAI PART I. Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. tuhan akan tunjuk satu persatu. . . . .

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.