Tuesday, February 28, 2012


Nampaknya parasit yg dimaksudkan Dr Hasan Ali telah mula menonjolkan diri tanpa segan silu..Kenapa PAS terhegeh-hegeh nak buka jawatan tersebut pada orang bukan Islam?? ada permintaan ke?? atau ini semua permainan DAP supaya perjuangan Islam dalam PAS dilihat lebih terbuka dan liberal..baru boleh dapat undi cina dan letak calon cina...

Macam mana nak letak orang bukan Islam pegang jawatan ni sedangkan yang orang Islam pegang pun perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam huru hara..Inikan pula bukan Islam...bertambah hancurlah perjuangan Islam nampaknya..Apa apa pun EP sokong cadangan yang dibawa oleh Dr Dzulkefly....menarik...

Pas bersedia menerima seorang Timbalan Presiden daripada kalangan bukan Islam sekiranya ia satu keperluan dan ada tuntutan seperti yang dilakukan parti Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, dalam Islam, terdapat dua perkara iaitu perkara tetap dan perkara yang boleh berubah, contoh yang boleh berubah adalah perkara politik.

Menurutnya, Pas tidak terlalu taksub dengan berkeras mengatakan orang bukan Islam tidak boleh memegang jawatan tertinggi parti.

Namun jelas Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kata putus akhir hanya akan ditentukan oleh Majlis Syura dan Muktamar Pas.

“Itu kelebihan Islam kerana mampu menangani perubahan-perubahan zaman sehingga hari kiamat, maknanya Islam memberi izin kepada kita (untuk menerima Timbalan Presiden) dari bukan Islam,” katanya pada Wacana Sinar Siri Ke-11 di sini, hari ini.

Pada pilihan raya umum Mesir baru-baru ini, Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditubuhkan Ikhwanul Muslimin telah memenangi pilihan raya itu. Parti tersebut diterajui Dr Mohd Mursi yang juga Pimpinan Pusat Ikhwanul Muslimin.

Antara pimpinan tertinggi Parti Kebebasan dan Keadilan adalah seorang Kristian, Dr Rafiq al-Habib yang memegang jawatan Timbalan Presiden II.

Ditanya adakah perubahan itu bermula dengan penubuhan Dewan Himpunan Penyokong Pas, Dzulkefly berkata, ia adalah salah satu transformasi yang sentiasa dibawa Pas.

“Dalam Islam, perkara urus tadbir amat terbuka, apapun kami bersedia menerima perubahan ini mengikut keperluan dan kepentingan,” katanya.

4 comments:

Anonymous said...

Elok sangat lah tu.. Mat Sabu sokong Komunis dan DAP pun memang komunis barulah padan ..

Otak geliga said...

dia akan jd Presiden bro....Timb dia of kos Komunih......cantekk la tu

PAS 4 ALL jadi PAS IS DEAD.....hehehehe

Anonymous said...

apa sudah jadi.. lepas ni timbalan presiden pas bole bg khutbah kat masjid masa solat jumaat.. dah lingkop dah pas ni.. baik tukar nama dari bg nama parti islam semelaysia..


Aryan Brotherhood

Merah Kuning Tiga Belas said...

Salam Sahabat Seperjuangan,
Mohon link ke blog kami
http://selangor13.blogspot.com
Terima Kasih :)

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.