HOT : NIK AZIZ SEDIH DAN MENYESAL BILA JANJI RM100 UNTUK WARGA EMAS TIDAK DAPAT DITUNAIKANNYA??


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kelantan tidak lagi membiarkan mereka terus ditipu kerajaan negeri pimpinan Pas, sebaliknya memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk membela nasib mereka pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Muhyiddin berkata janji-janji Pas pada rakyat Kelantan sejak 1990 iaitu selepas parti itu menawan negeri ini ternyata satu pembohongan dan kerana itu Pas perlu ditolak pada pilihan raya umum nanti.


"Kalau berjanji tidak laksanakannya itu adalah `belawok' (pembohongan). Kalau dalam Islam apa hukumnya kalau berbohong?.


"Soal duniawi dan ukhrawi mesti selari. Ini tuntutan agama dan kalau tidak ada keupayaan tuntutan agama ini tidak kesampaian. Kita (BN) akan buat lebih berkesan daripada Pas. Ini bukan cakap besar atau sombong," katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan Manek Urai Baru di sini, hari ini.

 
Beliau berkata tidak seperti Pas yang pada satu ketika pernah berjanji untuk memberikan RM100 kepada semua warga emas yang kini tinggal janji sahaja.

"Pada pilihan raya kecil Manik Urai pada 2009, saya ke Masjid Temalir yang dimaklumkan kerajaan negeri tidak berupaya untuk membesarkan masjid dan atas keperihatinan kita telah memperuntukkan RM600,000 bagi membesarkan masjid itu," katanya.-Bernama
HOT : NIK AZIZ SEDIH DAN MENYESAL BILA JANJI RM100 UNTUK WARGA EMAS TIDAK DAPAT DITUNAIKANNYA?? HOT : NIK AZIZ SEDIH DAN MENYESAL  BILA JANJI RM100 UNTUK WARGA EMAS TIDAK DAPAT DITUNAIKANNYA?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:29 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Nik Aziz ni..dah jd kebiasaan kalu Ada je..masalah mesti nak nangis..cukup2lah nak berdrama rakyat dah muak...

    ReplyDelete
  2. Tu nangis gembira,,,,,sbb ada org tlg tunaikan janji dy,jadi selamat le kocek dy,sal tu la nangis huhuhihiss

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.