Monday, February 13, 2012


Tiada keperluan nak ambil sempena 14 Februari. Banyak lagi tarikh lain boleh diambil untuk Hari Suami Isteri. Buatlah sesuatu yang bermenafaat untuk orang ramai bukan menyusahkan lagi keadaan...J

ika 14 Februari dijadikan hari suami  isteri bagi orang Islam dan hari Valentine bagi orang orang bukan Islam...jadi remaja-remaja Islam yang tak berkahwin lagi nak sambut apa..kalau suami isteri boleh la masuk bilik sambut atas katil...siapa nak tengok anak anak mereka...hahahaha..

kesimpulannya jika kita hanya tukar nama apa sekali pun isu menyambut hari valentine tidak akan selesai sebabnya kedai kedai makan..wayang..kedai bunga semuanya mempromosikan dan menaikkan mood hari valentine..jadi pasangan kekasih yang belum berkahwin dan beragama islam sudah tentu akan menyambutnya secara tidak langsung...

jangan lupa..hotel pun mempromosikan hari valentine...pakej makan malam yang istimewa termasuk bilik..macam mana nak bendung jika perkara-perkara initidak dikawal dan diselia...


Tiada guna menukar nama sambutan Hari Kekasih kepada Hari Suami Isteri, jika ia tidak memberi kesan yang baik kepada budaya umat Islam.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, penukaran nama itu tidak penting. Yang utama adalah pengisian sambutan tersebut.


“Kalau kita ubah nama itu boleh memberi perubahan baik kepada Islam, baguslah, tetapi jika tidak memberi apa-apa kesan, untuk apa diubah?,” katanya kepada Sinar Harian.


Menurutnya, Hari Suami Isteri boleh diraikan pada bila-bila masa dan nilai budaya Islam perlu dipertahankan.


Katanya, tarikh 14 Februari itu semakin menjadi ingatan ramai, apabila dimeriahkan oleh peniaga.


“Mereka ambil kesempatan menjual bunga dan cenderahati di merata tempat,” katanya.


Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia itu berkata, tarikh itu tidak memberi apa-apa makna jika hari itu disambut dengan perbuatan yang tidak bermoral.


Minggu lalu, Pas Kelantan mencadangkan Hari Kekasih yang disambut setiap 14 Februari, diganti kepada sambutan Hari Suami Isteri sebagai acara tahunan.


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah lebih elok jika Hari Kekasih atau Valentine Day, yang dipuja dan diilhamkan pengikut agama Kristian, diganti dengan sambutan Hari Suami Isteri untuk melahirkan keluarga bahagia mengikut acuan Islam.


Sementara itu, penceramah bebas, yang juga Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, adalah lebih baik mengembangkan budaya sendiri daripada menyanjung budaya orang lain.


“Cadangan Hari Suami Isteri itu baik, cuma tarikh 14 Februari itu dirasakan tidak sesuai kerana pada tarikh tersebut sudah ada sambutan diraikan oleh penganut agama lain yang sememangnya haram diraikan umat Islam.


“Kenapa kita perlu obses dengan budaya orang lain, sedangkan kita boleh pilih hari lain, yang mana memberi lebih banyak makna kepada umat Islam?,” katanya.

5 comments:

Anonymous said...

HARI ULANGTAHUN PERKAHWINAN KN DA ADE... TARIKH AKAD NIKAH TU DA KIRA HARI SUAMI ISTERI.

Anonymous said...

boddo punya nik aziz....

dah terdesak sgnt nak memenangi hati pengundi2 cina...

Anonymous said...

sebelum ni TGNA kata sambutan maulud nabi ikut kristian, abis yang nak sambut hari suami isteri tak ke ikut kristian gak ke?

Anonymous said...

lepas ni apa lagi yang tua kutok taknak mampos ni nak repekkan lagi...errmm..cukuplah tu n.ajis ooii..tengok muka kau pun dah terserlah sifat hasad dengki busuk hati dan macam2 lagi sifat tercela syaitan dalam tubuh badan kau..ptuiih!!

Anonymous said...

memang sengal la pok nik ni

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.