HOT : NIK AZIZ AKUI KERJASAMA PAS DENGAN DAP DAN PKR HANYA MERUGIKAN TAPI...


Pemecatan bekas Naib Presiden Pas yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kerana kelantangannya mempertahankan kesucian dan maruah umat Islam di Selangor membuatkan Jawatan Kuasa Pas Pusat kelihatan seperti mengkhianati perjuangan Islam yang diamanahkan oleh ahli mereka.

Pada pandangan saya, oleh kerana kepimpinan Pas sudah bersekongkol dengan DAP dan PKR dua parti sekular, maka tidak hairanlah, keputusan mereka pecat Dr. Hasan pasti dipengaruhi oleh dua parti sekular tersebut. Pas kini boleh dikatakan telah bercampur antara Islam dan sekular. 

Saya tidak menghalang jika Pas ingin bekerjasama dengan DAP dan PKR. Tetapi biarlah berpada-pada. Jika untuk kebaikan umat Islam tentulah baik tetapi jika sebaliknya tentulah langkah Pas itu akan kelihatan seperti orang Islam tidak cerdik.

Bagi saya, Pas tidak akan rugi walau satu sen pun jika mereka keluar dari bekerjasama dengan DAP dan PKR. Ini kerana mereka masih boleh bekerjasama dengan UMNO yang tentu akan membawa keuntungan besar kepada umat Islam. Dasar UMNO terhadap Islam amat jelas. Saya sendiri membuat tesis tentang usaha UMNO memartabatkan Islam.

UMNO sudah membuka jalan untuk bekerjasama dengan Pas tetapi Pas nampaknya seperti bodoh sombong angkara sikap pemimpin Pas yang kononnya berdendam dengan UMNO. 

Namun dalam keadaan Dr. Hasan mengisytiharkan perang jihadnya terhadap golongan dalam Pas yang dianggapnya sebagai parasit, yang kini menguasai 74 peratus tampuk kuasa Pas, maka saya berpendapat Pas sukar berubah menjadi Islam sepenuhnya. Kumpulan 74 peratus parasit seperti didakwa Dr. Hasan lebih berkiblatkan kepada perjuangan PKR iaitu memartabatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Maka tidak keterlaluan saya katakan bahawa Pas kini adalah separuh dari PKR.

Sepertimana rakyat maklum, Anwar adalah amat jelas pro-Israel dan pro-LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender). Maka jika beliau menjadi Perdana Menteri, rakyat negara ini pasti akan ‘berdosa besar’. 

Hanya UMNO sahaja yang amat tegas menolak kepimpinan Anwar walaupun UMNO pernah memberi ruang kepada beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri satu ketika dahulu. UMNO sebenarnya lebih tahu kerosakan yang akan dibawa olehnya.

Kesimpulannya, saya sarankan Pas wajib memohon maaf kepada Dr. Hasan, pakar motivasi Islam yang sangat berani itu!
HOT : NIK AZIZ AKUI KERJASAMA PAS DENGAN DAP DAN PKR HANYA MERUGIKAN TAPI... HOT : NIK AZIZ AKUI KERJASAMA PAS DENGAN DAP DAN PKR HANYA MERUGIKAN TAPI... Reviewed by Empayar Pemuda on 10:46 AM Rating: 5

10 comments:

  1. parasit umno dalam pas harus disingkirkan seperti nasharuddin harun din ismali kamu dan harun taib. lagi cepat pas bertindak lagi aman pas nanti . orang yang menjadi dalang mewujudkan kerajaan perpaduan ialah hadi awang. hadi jugak harus dipecat dengan segera. HIDUP PAS..HIDuP DAP DAN HIDUP PKR.

    ReplyDelete
  2. Anon anon...... Hidup PAS ke hidup PKR ni... hehehe

    ReplyDelete
  3. anon 10.55.Hidup Dapig mahpus Hampas takbir....bersedia kah anda tidur atas jalan demi kafir Harbi DAPIG.

    ReplyDelete
  4. Anon 10.55, hang ni dok perli ke memang suruh hidup fuckatan haram jadah tu...
    Kalau ikut hang pecat habis apa ada dalam PAS yang tinggal 26 peratus tu. Okey juga, boleh buat parti baru iaitu PIS, Sah-sah orang Melayu akan ada pilihan yang hebat. Selamat akidah, terpelihara agamanya, semasa hidup juga di akhirat. Memang patut puak PAS yang masih berbaki imannya, cepat usahakan penubuhan parti baru, nescaya kita semua akan mendapat Rahmat dan kesejahteraan.. Insya Allah..

    ReplyDelete
  5. Kah kah kah... waa dulu dok menyanjung la nie dok kata parasit dalam PAS... kuang2... mmg pas pis pus pussy betul la anjing2 DAP cakap nie...hahahaha

    ReplyDelete
  6. post tu nampak perli hamPAS...Kuikuikuikui

    ReplyDelete
  7. Pas skrg sedang dibaham hidup2 oleh pasasit2.

    ReplyDelete
  8. Kaitannya mudah je... DAP meramas telor Anuwar melalui Karpal Singh yg tahu masalah seks Anuwar yang maha hebat... Anuwar meramas telor PAS melalui parasit-parasit Mat Sabu, Khalid Samad, Dr Rani, Saiffudin, dll melalui duit haram yahudi... kekeke...

    ReplyDelete
  9. DAP memang tak senang hati bila ada usaha2 untuk menyatukan org Melayu. oleh itu berbagai tohmahan dibuat terhadap Hasan Ali.(dulunya DAP membuat mentohmahan terhadap Ibrahim Ali sehinggakan ramai orang Melau sendiri bencikan dia). Saya berharap kita harus bijak berfikir tidak terpedaya dengan hasutan2 DAP ini.

    ReplyDelete
  10. Pemecatan Hassan Ali membuktikan bahawa Pemimpin Pas sendiri yg menolak hukum Islam demi utk menjaga hati DAP yg ternyata anti Islam.

    Keengganan pemimpin PAS untuk bermuzakarah dgn UMNO demi utk penyatuan Melayu membuktikan betapa jijiknya egonya mereka ini. Mereka lebih rela org Melayu berpecah-belah dari mengakui kesilapan yg mereka utk bersekongkol dgn parti DAP yg mereka sedar toghut itu.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.