HOT : NAMPAKNYA ANWAR BERSUNGGUH SUNGGUH DALAM MENYINGKIRKAN AZIZAN??


Tekanan politik yang terpaksa dihadapi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sehingga menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan Pas didakwa berpunca daripada tangan ghaib Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan itu dibuat bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin kerana katanya, Anwar tidak menyukai mana-mana pemimpin ulama dalam Pas yang tegas mempertahankan kedudukan Melayu dan Islam kerana mahu prinsip itu diliberalkan.

Menurut Mohammad Fairus, bibit-bibit usaha bagi menjatuhkan Azizan bermula apabila Anwar secara terbuka dalam satu mesyuarat pakatan pembangkang tidak bersetuju dengan dasar menaikkan peratus pemilikan bumiputra untuk tanah rizab Melayu kepada 50 peratus.

“Saya sendiri (selaku Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang pada masa itu) berada dalam mesyuarat dan Anwar tidak setuju dengan dasar 50 peratus pemilikan bumiputera untuk tanah rizab Melayu. Anwar mahu dasar tersebut diliberalisasikan seperti sedia kala.

“Namun Azizan tidak berganjak dengan pendiriannya kerana beliau memang dikenali sebagai pemimpin ulama Pas yang berjiwa Melayu dan sejak detik itu, Anwar melalui golongan ‘Anwarinas’ dalam parti Pas merancang untuk menjatuhkan Azizan.

“Sebab itu sehingga hari ini kita tidak mendengar seorang pun golongan ‘Anwarinas’ dalam Pas mempertahankan Azizan. Mana suara Datuk Mahfuz Omar? Mana suara Mohamad Sabu dan naib-naib presiden Pas lain,” dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas krisis kepimpinan terbaru dalam Kerajaan Pas Kedah yang menyaksikan ‘pemberontakan’ empat Exco kanan dari parti Pas selepas pelbagai tekanan sebelum ini bagi memaksa Azizan melepaskan jawatan selaku Menteri Besar Kedah gagal.

Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah, menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.

Mengulas lanjut, Mohammad Fairus mendakwa, perkembangan terbaru yang menimpa Azizan juga membuktikan Anwar mengamalkan politik kuku besi dan beliau akan melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan pihak yang menyanggahnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim berkata, Azizan kini mangsa seterusnya kerakusan politik Anwar selepas Datuk Dr. Hasan Ali berjaya ditendang keluar daripada Kerajaan Negeri Selangor kerana lantang mempertahankan Islam.

Katanya, usaha Anwar untuk menyingkir golongan ulama dalam Pas bertambah mudah kerana parti tersebut kini dikuasai lebih 70 peratus golongan pro kepada ketua pembangkang itu dan mereka tidak teragak-agak untuk ‘menikam’ rakan sendiri jika matlamat ke Putrajaya cuba dihalang.

“Siapa yang menjadi pencatur kepada tangan-tangan ghaib bagi menyingkir pemimpin ulama dalam Pas cukup jelas. Selepas Hasan Ali kini Azizan pula, apakah semua ini sekadar kebetulan? Ini semua perancangan matlamat menghalalkan cara oleh Anwar,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain pula tidak menolak kemungkinan tangan-tangan ghaib yang cuba membunuh karier politik Azizan berasal dari Anwar.

Katanya, ini kerana PKR sendiri bercita-cita besar untuk menonjolkan pengaruh parti itu di Kedah dengan cara menukar warna kepimpinan Pas di negeri jelapang padi itu agar seiring dengan dasar dan kehendak Anwar.
HOT : NAMPAKNYA ANWAR BERSUNGGUH SUNGGUH DALAM MENYINGKIRKAN AZIZAN?? HOT : NAMPAKNYA ANWAR BERSUNGGUH SUNGGUH DALAM MENYINGKIRKAN AZIZAN?? Reviewed by Empayar Pemuda on 11:43 AM Rating: 5

3 comments:

  1. Kemelut d kedah ni nampak makin kalut, ada tangan hantu d sebalik semua kemelut ini. Walau siapa juga yang menafikanya tapi tetap ada tangan hantu yang berperanan sebagai sutradara dan pastinya ada yang tidak berkenan d hati sang sutradara maka plot perlu d tukar dan watak perlu d tukar juga.

    Hakikatnya beginilah kacau bilau nya pakatan rakyat ini.....dan yang telah hanyut dek olahan sutradara ini ialah parti PAS yg kelihatan telah berbuat kesilapan yang sangat besar dan memungkinkan parti ini hilang arah tuju dan kekesanannya akan mengambil jalan yang sangat lama untuk sekurang-kurangnya kembali ke jalan yang asal!

    Namun perkahwinan telah pun berlaku, penceraian boleh juga belaku tapi pasti banyak yang telah terluka! Ada yang telah mngaut keuntungan d sebalik perkahwinan yang telah berlaku,... Tukang soleknya telah d bayar, jurufoto telah dapat claimnya malahan orang tengah yang turut mengaturkan perkahwinan pun ada juga hun nya dan semua dah dapat merasa untungnya...!

    Cuma PAS la yang kena menanggung d deritanya! PAS kena muhasabah! Banyak dah menyimpang dan pasti Allah tidak akan redho!

    ReplyDelete
  2. Kahwin kacukan yang tidak menjadi hanya menghasilkan benih-benih mutasi kerana menerima pancaran radiasi yang berlebihan.

    Tak pe tukang kacuk belum mahu mengerti. Sepatutnya benih yang menunggu mestilah lebih asli, teguh dan mapan. Agar benih pilihan tak punya banyak cara dan helah untuk beradaptasi.

    Seriusnya pakar kacuk ini tak nak belajar dari pakar sains botani sebab tu kacukan hanya memusnahkan benih asli yang sejati lalu jadilah benih yang kurang berkualiti.

    ReplyDelete
  3. Rakyat kedah, jgn pangkah pas. Kalau hangpa bg lg mandat kat depa, golongan ulama disingkirkan, dirampas golongan anwarinas. mintak simpang mahpuz jd mb. jom tukar balik!

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.