Tuesday, February 21, 2012


Aku tengok si Nurul Izzah ni tak habis-habis mengutuk Skim Perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) & Perumahan Awam (PA) ni. Macam-macamlah alasan yang dia beri. Alasan utama yang dia pakai ialah penduduk PPR dan PA tak boleh dipercayai untuk membayar balik pinjaman. Nanti duit KWSP habis kena songlap dengan penduduk PPR dan PA ni. Isu ni nanti aku ulas lanjut.

Sekarang ni aku nak ulas satu lagi isu yang dia bangkitkan. Kononnya pelaburan KWSP dalam Skim Perumahan PPR & PA rugikan pencarum. Betul ke Nurul?

Jom kita tengok kadar pinjaman KWSP kepada Yayasan Wilayah Persekutuan yang menguruskan Skim ini. Berapa kadar yang dikenakan? 5.5% kawan-kawan. Bukan 1%, bukan 2%, bukan 3% tapi 5.5%!

Kalau kawan-kawan nak tahu, KWSP ni memang banyak simpanan tunai. Maklumlah, tiap-tiap bulan juta-juta duit caruman masuk. Kalau duit ni tak dilaburkan, KWSP simpan dalam Simpanan Tetap/Fixed Deposit je. Kalau simpan dalam Fixed Deposit, paling maksimum boleh dapat ialah 3% dividen. Bandingkan 5.5% dengan 3%, mana lebih baik? Mana yang lebih untungkan kita sebagai pencarum KWSP?

Sudah tentulah pelaburan dalam Skim ni lebih menguntungkan KWSP sebab dapat 5.5% berbanding 3% untuk Fixed Deposit! Bila KWSP untung lebih, kita pun untung lebih sebagai pencarum. Maka bertambahlah simpanan untuk hari tua kita. Jadi, tahniah kepada KWSP kerana buat pelaburan secara bijak.

Aku rasa budak Darjah Satu pun, kalau cikgu tanya soalan ni dalam kelas Matematik boleh jawab dengan mudah. 5.5% mestilah lebih besar dari 3%! Tapi ada dua orang yang tak boleh jawab soalan ni dengan tepat. Siapa orang tu?

Pertama, Nurul Izzah, anak Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Kedua, Tony Pua, pakar ekonomi DAP lulusan Universiti Oxford.

Aku pun hairan betullah. Anak Penasihat Ekonomi tak reti kira-kira? Pakar ekonomi lulusan Oxford tak tahu nak banding angka?

Tuan-tuan dan puan-puan, nampak sangat kedua-dua malaun ni menentang Skim ni bukan kerana ianya merugikan rakyat tapi kerana mereka tak mahu sebarang Skim yang dianjurkan oleh Kerajaan untuk berjaya.

Kalau skim ni berjaya, penduduk PPR dan PA beruntung kerana dapat beli rumah dan pencarum KWSP macam kita pun untung kerana simpanan KWSP kita akan bertambah! Tapi bila rakyat gembira dan puas hati, takdalah modal untuk Pakatan Haprak berkempen masa pilihanraya nanti. Itulah sebenarnya tujuan mereka nak gagalkan Skim ni.

Bukan berjuang demi rakyat, tapi berjuang demi kuasa. Peduli apa kalau rakyat sengsara asalkan kuasa di tangan mereka? Macam ni ke pemimpin yang rakyat nak?

Apa kecoh-kecoh ni Nurul..KLIK SINI

6 comments:

Anonymous said...

ah pepek nurul lebar mcm mulut dia je,ah lu nurul kecoh2 lu pye pepek dh cukur blum! Haha kantoi

Anonymous said...

Teringat pulak cerita dari pembangkang tahun 2008 dulu, tentang KWSP ni sbnrnya takde duit pun sbb kerajaan dah nak bengkrap.. Sampai skrg negara tak bengkrap2 pun... Ape la malang kita ni, asik kena tipuu je..

Ahmad Shukri Mokhtar said...

dorang berdua ni memang pakar tentang ekonomi meleset, semua kejatuhan ekonomi kerana kepakaran mereka nilah.. Mereka ni dilantik khas utk menjahanamkan ekonomi negara supaya Malaysia menerima bantuan IMF..

Anonymous said...

Tahniah KWSP... Dpt 6% tahun ni... Wow!!! Dividen dikecualikan cukai lak tu!!! Kalau masuk FD 3% x leh kasi ke kita 6 %... bertambah lg lah simpanan hari tua aku!!! .. PR yg selalu berbohong ni.... Dari dulu khabor KWSP nak lingkup!!! Kalau nak lingkup ... Boleh lg ker nak kasi 6% dividen????

Sudah2 lah menipu!!! Dulu bolehlah... Menipu memanjang sebab org kg kurang excess ke information !!!! Sekrg semua di hujung jari....beb!!!!

Sesiapa yg masih suka percaya cakap2 PR dungu ni..... Mmg lah dia dari suku sakat yg suka ditipu!!! Harap keturunan mereka tidak terus hidup dlm tertipu.....


-Afdzal-

Anonymous said...

hakikatnya setiap bulan nak dekat 1 billion caruman kwsp masuk sampai EPF pun dah tak tau nak invest kat mana lagi tiap2 bulan...celah mana la nak bankrupnya kekeke...

Anonymous said...

请远离马华党员 叶金福!

敬爱的马华公会中央领导層,
现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.

除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.