HOT : MAJLIS SYURA MALU DENGAN KENYATAAN NIK AZIZ??


Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim menggesa Majlis Syura Ulama Pas menjelaskan pendiriannya berhubung tindakan parti itu yang terus menyokong dan memberi kerjasama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana katanya, tindakan parti itu menyokong Anwar yang secara terang-terangan menyokong Israel, boleh dianggap sebagai bersubahat.

"Saya menggesa Majlis Syura Ulama Pas supaya menyatakan pendirian dalam hal ini kerana Anwar tidak melakukan dua perkara yang telah diputuskan oleh majlis tersebut untuk membuktikan bahawa beliau tidak menyokong Israel.

"Selain itu, saya juga mahu tahu pendirian majlis tersebut sama ada parti itu dianggap sebagai bersubahat kerana menyokong kenyataan Anwar seperti yang dikeluarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang tidak akan menyaman WSJ berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam semalam, Anwar berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini sebulat suara memberi kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan menyaman WSJ bagi membuktikan bahawa beliau tidak menyokong negara berkenaan.

Dalam pada itu, Razali turut mempertikaikan tindakan Anwar yang hanya memberi penjelasan kepada Nik Aziz sahaja.
Sedangkan, katanya, Anwar sepatutnya memberi penjelasan tersebut kepada Majlis Syura Ulama dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana ia membabitkan kepentingan ummah.

Sementara itu, berhubung dakwaan bahawa syarikat Malaysia mempunyai hubungan perdagangan dengan Israel, Razali menyifatkannya sebagai strategi pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

"Malaysia tidak ada hubungan diplomatik dan mengiktiraf negara tersebut apatah lagi mempertahankan keselamatan negara itu.

Ini merupakan perkara yang berbeza serta sengaja dibangkitkan untuk mengalih pandangan, mengelirukan dan bertujuan mendapatkan sokongan rakyat. Kita tidak perlu menyokong pihak yang melakukan kesalahan kerana kita mempunyai pilihan, menolak atau bersubahat," jelasnya.
HOT : MAJLIS SYURA MALU DENGAN KENYATAAN NIK AZIZ?? HOT : MAJLIS SYURA MALU DENGAN KENYATAAN NIK AZIZ?? Reviewed by Empayar Pemuda on 6:58 PM Rating: 5

3 comments:

  1. Majlis Syura Pas yang terang2 dibelakangi & di'kencing oleh Anwar Ibrahim..

    Majlis Syura yang TIADA KREDIBILITI dimata Anwar...!!

    To Anwar, Pas is just a pack of shit..!

    ReplyDelete
  2. majlis syura telah bersuara mengcegah perbuatan mungkar tersebut tetapi kekal bersekongkol dengan nwar berahi demi kuasa, pengaruh dan surga dunia.

    ReplyDelete
  3. takkan ni semua keja umno untuk paksa anwar bukak mulut sokong israel.. dulu anwar kata kerajaan apco.. yg mana satu btoi ni.. sapa yg sokong israel sebenarnya ni.. dasar hipokrit..

    Aryan Brotherhood

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.