Monday, February 27, 2012


Exco kerajaan negeri Kedah yang menentang Datuk Seri Azizan Abdul Razak dipercayai dijanjikan jawatan Menteri Besar dan Exco kanan bagi memastikan penguasaan golongan Anwarinas di dalam Pas Kedah.

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari (gambar) berkata, langkah itu dilakukan bagi menjamin kelangsungan politik Anwar kerana Kerajaan Pas Kedah dilihat tidak selari dengan aspirasi perjuangan pakatan pembangkang.

Katanya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri dilihat tidak memberi sokongan 100 peratus kepada Anwar walaupun berada di bawah satu gabungan.

Oleh itu katanya, satu gerakan diatur membabitkan kumpulan yang boleh dipercayai Anwar bagi menjatuhkan Azizan dengan mewujudkan keadaan politik tidak stabil di Kedah.

‘‘Namun Exco kerajaan negeri terlibat harus ingat dan berhati-hati kerana Anwar tidak mempunyai kapasiti untuk menentukan siapa yang akan menjadi Menteri Besar kerana ia akan ditentukan oleh pimpinan tertinggi Pas,” katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai tekanan politik yang dihadapi Azizan sebagai Menteri Besar termasuk diboikot lima Exco kerajaan negeri daripada Pas pada mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya semalam.

Azizan sebelum ini dikecam hebat oleh pemimpin pakatan sendiri apabila beliau mempertahankan tindakan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) Kedah menggantung pelajar selain keberaniannya menyanggah isi kandungan Buku Jingga pakatan pembangkang, apabila berkata ia bukan al-Quran.

Anuar dalam pada itu mendakwa, Anwar adalah ‘perancang’ di sebalik tekanan politik yang dihadapi Azizan kerana beliau akan cuba mewujudkan situasi kacau bilau apabila keadaan tidak berpihak kepadanya.

Katanya, Anwar seboleh mungkin berhasrat untuk mengawal semua parti dalam pembangkang supaya mengikuti kehendaknya walaupun beliau hanya merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

1 comments:

Anonymous said...

Anwar spesis kacau bilau sebab tu bengong tak bertempat

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.