Friday, February 24, 2012

EP sangat bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir bahawa pembangkang sedang menyusun strategi mengalih tumpuan rakyat tentang isu Anwar menyokong keselamatan negara Israel.

Kedua, kenyataan Westports Malaysia telah memalukan parti pembangkang yang sebelum ini meroyan gembira kononnya dapat mengaitkan kerajaan dengan Israel.

Sebelum ini pun, Chegubard yang kononnya ada dokumen 2 syarikat Malaysia di Johor yang berurusan secara terus dengan negara Israel. Tetapi 'pendedahan' itu senyap begitu sahaja berkemungkinan besar pemegang saham terbesar syarikat tersebut bukan warga Malaysia!

Sila baca kenyataan Tun M :


Pembangkang cuba mengalihkan tumpuan rakyat ke atas sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Israel dengan membangkitkan isu kapal dagang negara itu singgah di pelabuhan Malaysia.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan isu kapal Israel di perairan negara adalah tertakluk kepada undang-undang antarabangsa tetapi diperalatkan oleh Pas untuk menutup sokongan Anwar terhadap rejim Zionis.

Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.

Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.

Menurutnya, kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan. Justeru, anak kapalnya tidak dibenarkan ke darat dan syarikat perkapalan itu sendiri tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusniaga.

Petang ini, Pemuda Pas dijadualkan mengadakan tunjuk perasaan di West Port membantah kemasukan kapal kargo daripada negara itu di perairan negara.

Mengulas protes itu, Mahathir berkata ia hanya bertujuan mengalihkan tumpuan rakyat daripada pendirian Anwar mengiktiraf rejim Zionis itu.

“Dia (Anwar) memang menyokong Israel, jadi Nik Aziz cuba pertahan dia dengan menyoal kenapa kerajaan Malaysia membenarkan kapal Israel masuk ke pelabuhan Klang,” kata Mahathir.


“Ia adalah satu amalan antarabangsa dan kalau hendak adakan satu sekatan, mungkin perlu rujuk kepada undang-undang antarabangsa berhubung isu ini,” katanya.

Anwar berkata Israel boleh diiktiraf sebagai sebuah negara jika rejimnya berundur daripada tanah Palestin dan menghentikan segala kekejaman terhadap penduduk negara itu.

Pendirian itu disampaikan kepada Murshidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat. Namun NIk Aziz sekali lagi menegaskan parti itu tidak akan mengiktiraf Israel dalam apa keadaan sekali pun.

Mahathir bersetuju Israel tidak boleh disokong dalam apa keadaan sekali pun.
“Yang saya tahu kita tidak boleh sokong Israel sama sekali. Yang pertamanya negara ini hasil rampasan Wilayah orang lain yang tidak diiktiraf walaupun dunia iktiraf Israel tetapi dia adalah hasil rampasan,” kata beliau.

“Dan dia (Israel) membelakangkan undang-undang antarabangsa dan adakan sekatan ke atas Gaza dan sebagainya . Inikah manusia yang kita patut jaga keselamatan dia…orang patut jaga jangan bagi dia (Israel) serang negara lain bukan bagi dia sokong keselamatan Israel,” tambah Mahathir.

“Jadi ini satu rejim yang cukup zalim, kalau Amerika hendak tukar rejim, inilah rejim yang patut tukar dahulu,” katanya – Antarapos.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.