Thursday, February 9, 2012



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menukar undang-undang di Malaysia dengan undang-undang Barat kononnya untuk memperjuangkan kebebasan semula jadi manusia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, Anwar baru-baru ini telah menyatakan dalam wawancara dengan BBC di Mumbai, India, baru-baru ini bahawa undang-undang Malaysia lapok, ketinggalan zaman.

"Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang.

"Sejak revolusi Perancis, slogan 'Liberte', 'Egalite', 'Fraternite', iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus," katanya dalam entri terkini blog beliau www.chedet.cc hari ini, yang bertajuk 'Lapok'.

Dakwaan Anwar bahawa undang-undang Malaysia adalah jumud tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah dan terdapat beberapa undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat di Barat sekarang, katanya.

"Antaranya ialah keagungan konsep bebas dan persamaan serta kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki.

"Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi," kata Dr Mahathir.

Lain-lain konsep kebebasan semulajadi manusia termasuklah menukar konsep institusi perkahwinan dan kekeluargaan dengan mentakrifkan pasangan yang bersekedudukan sebagai berkeluarga, boleh menukar pasangan tanpa penceraian dan siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting, katanya.

Malah, di Barat kini boleh adakan perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan, pendek kata apa sahaja yang dilarang oleh agama, adat atau undang-undang yang menyekat nafsu, hendaklah dihapuskan, katanya.

Menurut Dr Mahathir seperti biasa apa yang dicipta oleh Barat dianggap sebagai baik bagi semua manusia maka itu mereka (Barat) melancarkan usaha untuk mengembangkan konsep kebebasan dan persamaan mereka berkenaan seks.

"Kita dapati Barat dengan kerjasama orang Islam tertentu sudah berjaya untuk cubaan tersebut (mengubah undang-undang di Malaysia) kerana di Malaysia sudah ada orang Islam yang anggap segala sekatan terhadap aneka jenis seks sebagai menidakkan kebebasan semulajadi manusia, sebagai zalim, terutama kepada pembesar politik," katanya.

Walaupun Barat menerima zina dan liwat sebagai perkara biasa, tetapi mereka tidak dapat terima paksaan ke atas mangsa zina atau liwat, sebab itu, apabila seorang wanita melaporkan yang Pengarah Urusan Tabung Kewangan Dunia (IMF) Dominque Strauss-Kahn telah merogolnya pihak berkuasa terus tangkap Dominque dan jawatannya dilucutkan, katanya.

"Di Malaysia juga apabila laporan diterima daripada mangsa yang dianya telah diliwat, tentulah wajar tertuduh dikenakan tindakan undang-undang. Ini sudah tentu tidak lapok kerana Barat juga mengamalkannya," katanya.

Beliau berkata bahawa 'teknikal' bukan bermakna tidak, jenayah berlaku, bukan tidak berlaku dan hakim tidak dapat hilangkan keraguannya terhadap bukti yang tertuduh melakukannya.

"Mungkin orang lain yang melakukan jenayah itu!! Kenapa mangsa tidak menuduh orang lain?, Wallahuwalaam," kata Dr Mahathir. - Bernama

8 comments:

Anonymous said...

Tahniah Tun, mungkin Tun aja yang boleh lawan si bangsat ni

Anonymous said...

Susah2 sangat, suruh Tun M saja lawan Anwar di Permatang Pauh!

Anonymous said...

Ayahnda Tun, I salute you la. Orang lain at your age sudah kena grounded but you still have bullets to fire at Anuar Al juburi Al Chinadolli. Please keep on going Ayahnda Tun semoga orang2 yg buta hati dan buta mata boleh menerima hakikat yg sebenarnya

Anonymous said...

Bapak Munafik ni cakap banyak tu la... Cakap pertahan Islam, tapi hukum hudud Allah tak mau buat!! Betul-betul munapik!

Anonymous said...

dok maki orang tapi guna id anonymous tu lagi bangsat

Anonymous said...

nampak sangat ko ni bangang pasal agama,hudud memang hukum tuhan tapi biarla kena pada tempat bongok

Anonymous said...

semoga tun dipnjngkn umur....1 diantara sejuta....

Anonymous said...

Masih lagi ada keamanan dari Allah, harap berlanjutanlah. Bukan mudah nak tadbir Negara yang banyak kaum, almost over than 40% non-malay and non-muslim. Luckily ada juga peluang lagi untuk anak-anak Bumiputera walaupun bukan Melayu yang dibela dan ditatang. Bagi bantuan untuk nelayan, pukat dijual, sampan dan enjin dijual, dapat 3-4 ribu. Datang Peraih penyembelih, bagi bot, bagi pukat, bagi anjin ambil, dijerut leher ambil ikan murah inilah nelayan2 yang tak sadar diri, lepas tu Kerajaan tak bagi bantuan pulak katanya. Bagi lembu ternak, dijual, bagi tanah dijual, dah tu separuh harga pasaran... Tak sadar diri... lepas tu salahkan kerajaan yang tak bantu,... kencing dalam baldi, lihat sendiri nampak muka siapa.. Cari khilaf sendiri sebelum mula nak bicara pasal cela, khilaf orang lain... Sedih selepas lama di rantauan, lihat anak bangsa yang di tolong pada zaman Tun masih tak sadar akan kesilapan sendiri.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.