Tuesday, February 7, 2012


Pas bakal berdepan masalah besar jika terus membiarkan 'parasit' yang wujud dalam parti itu menentukan agenda parti terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.
 
Ini kerana, kata bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Mohd. Roslan Mohd. Saludin, 'parasit' itu akan membawa Pas jauh daripada agenda perjuangan sebenar iaitu untuk memperjuangkan Islam.

''Sejauh mana pengaruh parasit ini akan menular dalam Pas dan memusnahkannya bergantung kepada sejauh mana kepimpinan Pas sanggup membiarkan asas penubuhan dan perjuangan parti itu dikompromi bagi tujuan menubuhkan kerajaan alternatif menggantikan Barisan Nasional (BN)," katanya di sini hari ini.

Beliau memberikan reaksi demikian kepada dakwaan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali bahawa terdapat 'parasit' dalam Pas yang sanggup mengorbankan dasar parti itu semata-mata untuk mendapat sokongan PKR dan DAP.

Mohd. Roslan menambah, kewujudan parasit di dalam Pas bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Katanya, masalah itu dapat dilihat dari dahulu lagi apabila parti itu dilanda arus pembaharuan bersifat liberal dengan kewujudan kumpulan yang dilabel sebagai Anwarinas dan Erdogan.

Ia, kata beliau, diperkukuhkan lagi dengan perubahan manifesto Pas yang kini memperjuangkan 'Negara Berkebajikan' sekali gus mengetepikan agenda menubuhkan sebuah kerajaan Islam. Utusan

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.