HOT : HEBAT..PEMIMPIN DAP KATA WARTAWAN PELACUR.??


Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kesal dengan kenyataan ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabel wartawan sebagai "pelacur".

Setiausaha Agung NUJ, V. Anbalagan dalam kenyataan hari ini berkata, kesatuan itu juga kesal dengan pendirian pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai yang menyokong dengan menegaskan Hew hanya menyatakan hakikatnya.

Beliau berkata, kenyataan Kuan Yau telah mencemarkan imej semua wartawan yang bekerja dalam media cetak, elektronik dan 'online'.

"Ini tidak adil kerana beliau memberikan label itu pada semua wartawan, kategori orang yang khusus berkhidmat untuk orang ramai dan mengetengahkan isu-isu kepentingan awam," katanya.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Kuan Yau telah memohon maaf berhubung kontroversi yang timbul berpunca daripada kenyataannya.

Anbalagan berkata, Kuan Yau sepatutnya menyokong kenyataannya itu dengan kes spesifik seperti siapa wartawan itu dan daripada organisasi mana.

"Kuan Yau sepatutnya membuat aduan kepada organisasi terbabit supaya tindakan dapat diambil tanpa mengira wartawan itu adalah seorang eksekutif, petugas biasa, kebanyakannya ialah anggota NUJ, petugas kontrak atau petugas sambilan.

"Kami mendesak pucuk pimpinan DAP mengambil tindakan ke atas Kuan Yau dan Tan kerana sesuatu kebenaran atau fakta mesti disokong dengan bukti dan keterangan.

"Jika tidak, ia berupa dakwaan tidak berasas yang dilemparkan terhadap wartawan dan profesion itu," katanya.- Bernama

HOT : HEBAT..PEMIMPIN DAP KATA WARTAWAN PELACUR.?? HOT : HEBAT..PEMIMPIN DAP KATA WARTAWAN PELACUR.?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:22 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Apa nak heran, kalau pemimpin2 DAP terlalu kerap melanggan pelacur, dlm kepala otak mereka takde benda lain melainkan pelacur. Jadi itu sajalah yg mereka ingat, pelacur, pelacur, pelacur ...

    ReplyDelete
  2. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 atau KLIK DISINI insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.