Monday, February 13, 2012


Tiap-tiap tahun, bila tiba je bulan Februari pastinya PAS dan DAP akan bertekak mengenai sambutan hari kekasih..PAS menentang orang Islam menyambut Hari Kekasih dan DAP pula membantah tindakan PAS menggunakan alasan hak asasi manusia..

Bagaimana kedua-dua parti ini yang duduk dibawah satu bumbung haram nak memerintah Malaysia jika mereka sendiri tidak reti nak menghormati pendirian parti masing-masing, tambah-tambah dalam hal yang melibatkan agama..

Kalau perkara yang melibatkan agama pun mereka boleh gaduh...cuba bayangkan jika ianya melibatkan hak bangsa..mungkin lebih teruk daripada ini..Adakah rakyat dan agama akan menjadi mangsa pertaruhan kepada kedua-dua parti politik ini untuk mereka menjuarai isu demi kepentingan politik mereka..fikir-fikirkanlah...

**EP nak tahu jaga apa kata Khalifah Lim Guan Eng mengenai hal ini...Adakah dia bersependapat dengan Karpal atau PAS?? Kalau tanya Anwar pula...mungkin ini jawapannya "sambutan hari kekasih tiada dalam buku jinggay, jadi PAS perlu akur dengan kehendak DAP".


PAS tetap dengan pendirian menentang umat Islam menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day), kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.

"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Klang petang semalam.

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh semalam yang menggesa PAS menarik balik pendirian parti itu yang menentang sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini.

Cegah kemungkaran

muktamar pas youth 020611 nik abduhDAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal.

Sementara itu, timbalan ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz (kanan) di laman sosial Facebooknya menyelar Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian parti Islam itu yang menentang sambutan Hari Kekasih.

Katanya, keputusan itu bukan hanya pendirian PAS, tetapi juga adalah pendirian semua umat Islam.

Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.

“Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah.

2 comments:

Anonymous said...

apala bangang sangat puak pas nie...

sekarang ni dah akhir zaman dan waktu yg tinggal ni amat getir...

dengan penglibatan secara haram bersekutu dgn komunis dah ketidak tegasan dalam memberi keputusan ttg haramnya sambutan hari kekasih yg menyesatkan ni membuatkan ahli pas tergolong dalam penjualan agama ISLAM yg suci kepada agen al masih al dajjal...

ingat la selain kita akan menentang kaum yahudi dan nasrani kita jugak akan menentang puak komunis dan syiah...

jgn terleka dgn meraih undi sebaliknya perpegang la pada tali ALLAH sebab perpaduan yg akan menguatkan kuasa ISLAM diakhir zaman kelak...

baru kes hari kekasih dah pening kepala...

NASIHAT AKHIR ZAMAN...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous said...

Alangkan ... Negara Islam ... boleh jadi ... Negara Kebajikan.

Dah mula ... TGNA kata kita ubah ... Valentine Day jadi Hari Suami Isteri.

Tak lama lagi jadi 'halal' le ... utk kepentingan bersama ... DAP-PKR-PAS.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.