Thursday, February 2, 2012

Hebat betul DAP sekarang ni..Sejak duduk satu bumbung dengan PAS dah pandai cakap hal keimanan..Nampaknya DAP sudah semakin maju. Tak sia-sia gelaran Khalifah Umar Abdul Aziz diberikan kepada Setiausaha Agung DAP kerana dia  berjaya mentarbiah ahli-ahli DAP supaya menjadi lebih Islam dari PAS.


Malu la PAS sebuah parti yang kononnya memperjuangkan ajaran Islam tidak menggunakan pendekatan secara Islam untuk menegur Dr Hasan Ali, Kenyataan yang dibuat oleh kebanyakan pemimpin lebih menjurus kearah mencemuh dan mengkritik tetapi DAP pula yang menggunakan pendekatan Islam..bercakap tentang keimanan..mana agaknya PAS nak letak muka..


Orang Melayu/Islam mana boleh ajar Nik Aziz dan PAS, hanya orang cina je yang boleh ajar mereka..fikir-fikirkan lah yek...




Seorang pemimpin kanan DAP mempersoalkan ‘keimanan’ bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya melempar tuduhan yang dianggap melulu terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,” tegasnya.

3 comments:

Anonymous said...

lepas ni orang2 pas boleh rujuk pada dap sapa yang paling beriman mesti ppak nuar kot

Anonymous said...

lepas ni solat berkiblatkan DAP

Anonymous said...

dia dah lama dalam pas.. dia tau la apa yg depa rancang selama ini.. kalau dia didalam pas dia dapat la menetang apa yg dia rasa tak btoi.. lani dia dah kena tendang.. kalau dia cerita apa yg depa sekutu dulu rancang apa masalahnya? dia bukan fitnah pun.. kita semua dah tau yg mmg kalau PR memerintah hak keistimewaan melayu akan hilang.. PM dan TPM pun bole terdiri dari golongan bukan melayu.. Akhirnya melayu akan merempat dibumi sendiri.. Sedarlah wahai melayu semua.. jgn sampai anak cucu cicit kita merempat dibumi sendiri seperti apa yg terjadi dinegara jiran kita singapore..


Aryan Brotherhood

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.