Friday, February 3, 2012

Apa pula nasib Datuk Harun Taib selepas ini kerana berani mengkritik Manusia Anugerah Tuhan membela keselamatan Israel. Adakah dia akan menerima nasib yang sama seperti Dr Hasan Ali? Beranikah Nik Aziz memecat Datuk Harun Taib kerana menegur Anwar kerana perbuatan itu tidak selari dengan perjuangan pakatan haram?

Dewan Ulama Pas tidak bersetuju dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong penuh usaha melindungi keselamatan Israel dalam temu bual dengan The Wall Street Journal.
 
Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, tidak sepatutnya isu keselamatan Israel ditimbulkan kerana keutamaan pada masa ini adalah kepentingan serta hak rakyat Palestin yang wajar dikembalikan.

Beliau berkata, masyarakat Palestin telah lama tertindas di tanah air sendiri, oleh itu setiap rakyat negara ini perlu menyokong penuh perjuangan mereka.

''Saya tidak bersetuju dengan dia (Anwar) kerana mendahulukan soal keselamatan Israel. Isunya sekarang ialah penderitaan rakyat Palestin. Jika dia (Anwar) mendahulukan soal Palestin pasti saya bersetuju.

''Dalam konteks perjuangan rakyat Palestin, kita wajib menyokongnya dengan harapan rakyat Palestin akhirnya dapat hidup di tanah air mereka sendiri dengan aman,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas temu bual Anwar bersama The Wall Street Journal pada Khamis lalu yang antara lain Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dipetik berkata: "Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel."

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Harun berkata, isu Palestin merupakan isu sejagat dan selama ini ia telah disepakati oleh semua parti di negara ini sama ada pihak pembangkang mahupun kerajaan.

Malah beliau berkata, sebelum ini bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersepakat dalam isu Palestin.

''Mereka pernah bersama-sama berpidato di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin. Ini membuktikan isu Palestin adalah isu sejagat yang disepakati oleh semua pihak di negara ini.

''Kerana apa? Kerana ia melibatkan soal asas dan soal prinsip,'' ujarnya lagi.


0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.