Saturday, February 4, 2012


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning, di sini, Jumaat malam.

Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.

Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan PAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang. BERNAMA

3 comments:

Anonymous said...

Sememangnya kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan juga adalah kerana sokongan anggota bersekutu PAS yang menyokong DAP. Itulah kehendak DAP supaya orang melayu hanyut di negara sendiri.

Anonymous said...

DAP sekarang dalam keadaan terdesak. Dan mereka sedaya upaya cuba mengurangkan impak Hasan Ali terhadap politik Melayu. Cuba lihat berapa banyak bloger2 mereka menjalankan usaha2 dakyah dengan memperlekeh dan mengutuk Hasan Ali. Kita berharap lebih ramai lagi org menyokong perjuangan Hasan Ali bukan untuk merampas hak2 bukan Melayu tetapi sebenarnya mengembalikan hak2 Melayu yang telah hilang.

Anonymous said...

Salah ke sya mengatakan melayu memang BUTA MATA. IT IS TIME TO RISE AND KICK.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.