HOT : BENGANG BETUL NIK AZIZ SAMPAI KELUAR AYAT "ITU DIA PUNYA PASALLAH"



Mursyidul Am Pas, Datuk  Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk  Seri Anwar Ibrahim mempertahankan  kenyataannya berhubung sokongan terhadap  sebarang usaha bagi menjamin keselamatan  Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat  (PKR).



Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau  tidak peduli dengan kenyataan Ketua  Pembangkang tersebut yang dilihat tidak  menghormati pendirian Pas berhubung negara  Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk  mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar  tidak menghormati pendirian Pas), dia punya  pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas  melancarkan Program Merealisasikan Amal  Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan  Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di  Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini  melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya  mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan  syarat tentera negara tersebut perlu berundur  dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta  aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin  dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami  bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel  adalah haram dan parti itu tidak berhasrat  mengadakan rundingan serta kerjasama dengan  Israel.

Mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa  kenyataan beliau telah disalah erti oleh Pas dan  Majlis Syura parti itu, Nik Abdul Aziz berkata,  setidak-tidaknya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu  telah membuat kenyataan.

“Yang pentingnya dia jawab. Apabila dia jawab,  saya tidak akan jawab sendiri, saya akan serah  jawapan itu kepada dia sendiri. Saya akan dengar  dia cakap secara berdepan, lepas pada itu dialah  jawab kepada orang lain, saya akan senyap supaya  tidak ada ruang bagi wartawan melaga-lagakan  saya dengan dia,” katanya.

Menteri Besar Kelantan itu turut menyatakan  kesediaannya untuk bertemu Anwar di Kuala  Lumpur sepanjang berada di ibu negara bagi  menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu  untuk menjelaskan perkara tersebut.

Sebelum ini, Mursyidul Am Pas itu dalam satu  kenyataan yang dianggap paling keras setakat ini,  mendesak Anwar menarik balik kenyataan  menyokong keselamatan Israel dan turut meminta  ketua pembangkang itu menyaman akhbar The  Wall Street Journal (WSJ) sekiranya  kenyataannya diputar-belitkan.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  dilaporkan turut menegaskan Pas menolak  penyelesaian dua negara kerana haram bagi  mana-mana umat Islam menerima kewujudan  Israel, selain telah menjadi fardu ain kepada orang  Islam untuk membela dan membebaskan rakyat  Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis. 
HOT : BENGANG BETUL NIK AZIZ SAMPAI KELUAR AYAT "ITU DIA PUNYA PASALLAH" HOT : BENGANG BETUL NIK AZIZ SAMPAI KELUAR AYAT "ITU DIA PUNYA PASALLAH" Reviewed by Empayar Pemuda on 10:07 AM Rating: 5

8 comments:

  1. Dah agak kenyataan dari nabi N.ajis ni. Dulu keluar kenyataan mengecam Anvar Ibrahi kerana menyokong keselamatan Israel macam nak tetak kepala Anvar je. Tapi belum ape2 lagi dah mengalah dan membiarkan apa saja tindakan Anvar tu.

    N.ajis yang flip flop, inilah akibatnya bila 'berketuakan seekor kambing biri-biri dikalangan rakyat-rakyat singa'...

    ReplyDelete
  2. da agak da kambing tua mengembek komain lagi ni umpama kambing tua mengembek menghalau serigala jadian

    ReplyDelete
  3. Murshitdol yang dok bersekongkol dgn dia sampai sekarang ni ..apa hal..

    ReplyDelete
  4. syyyyoooossshhhh...ohhh...sedapnya air kencing mu...sungguh lazat sekali....mintak lagi....syyyoooossshhhhh...ambo tak nak royat apa2 lagi dah....aaahhhhh....leganya minum air kencing mu.....syyyyooooossshhhh

    ReplyDelete
  5. Sama suka dgn kes seks anwar, org tua ni akan kata itu dia punya pasal gak...

    Jika org UMNO yg berkata seperti Anwar , pasti dah jajah 1 malaysia..

    ReplyDelete
  6. http://www.anwaraidc.com/?p=14326

    ReplyDelete
  7. Who Hijacked Islam? by Anwar Ibrahim

    http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,178470,00.html

    ReplyDelete
  8. Sejak 2005, Aktivis Yahudi Sudah Sahkan Anwar Pro-Israel.

    http://www.anwaraidc.com/?p=21931

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.