Thursday, February 9, 2012


Baru-baru ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyatakan dalam satu perhimpunan di Shah Alam bahawa tidak kisah Pas diperkudakan oleh DAP dan DAP yang diperkudakan oleh Pas asalkan jangan 'diperlembukan' oleh UMNO.

Kenyataan itu mengesahkan Pas tidak kisah apa pun yang diminta oleh DAP asalkan cita-cita Pas untuk bersama-sama parti berkenaan dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawan Putrajaya menjadi realiti.

Sebab itulah Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham menyatakan Pas dan PKR akan membantu DAP meyakinkan orang Melayu di Perak bahawa parti itu tidak bersifat cauvinis Cina dalam usaha memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kita tidak boleh menyalahkan Koo Ham kerana berterus terang, sebaliknya perlu berterima kasih kepada beliau.

Ia memandangkan selama ini ramai tertanya-tanya kenapakah Pas begitu bersedia bergabung dalam pakatan pembangkang biar pun berbeza ideologi dan arah perjuangan.

Malahan ramai juga bertanya bolehkah Pas bekerjasama dengan DAP yang secara terang-terang menentang penubuhan negara Islam sehingga Pas terpaksa menggugurkan perjuangan berkenaan.

Tetapi rupanya, DAP dan PKR menerima Pas disebabkan mereka amat memahami kekuatan yang ada pada parti tersebut iaitu menarik sokongan orang Melayu menyokong pembangkang termasuk DAP.

DAP mengetahui mereka tidak boleh bersendirian melakukan usaha meraih sokongan orang Melayu, biar pun sudah memulakan langkah dengan menarik beberapa orang Melayu menyertai parti itu.

Bagi DAP, hanya Pas sahaja yang mampu menandingi keupayaan untuk memecah sokongan orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) melalui UMNO.

Oleh itu, Pas diterima masuk dalam pakatan pembangkang dengan jaminan DAP pula akan cuba 'mencuci' imej Pas yang dikatakan dilihat ekstrem.

Bagaimanapun, kita tidak pasti sejauh manakah DAP benar-benar jujur untuk membantu Pas kerana hakikatnya yang lebih memerlukan Pas ialah DAP, bukannya Pas.

Jika DAP mahu membantu mengikis imej yang dikatakan ekstrem itu, parti tersebut perlu membenarkan Pas bertanding di kawasan majoriti pengundi Cina yang menjadi kubu kuat mereka terutamanya di Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

Tetapi kita pasti DAP jauh lebih bijak berpolitik berbanding Pas, ia memandangkan DAP tidak akan mengorbankan kekuatannya semata-mata atas dasar membantu Pas.

Namun Pas akan bersedia berbuat demikian kerana parti itu sudah kemaruk hendak berebut kuasa bersama-sama DAP dan PKR.

Sebab itulah, selama ini kita lihat melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang Pas lebih banyak menjadi 'pak turut' dan diperalatkan. Pas seolah-olah cuba menafikan hakikat ini, sebaliknya gembira apabila ada penyokong DAP yang mengibarkan bendera Pas.

Pas menganggap itu petanda baik kerana menunjukkan kononnya masyarakat bukan Melayu menyokong parti itu.

Parti tersebut sebenarnya tidak sedar bahawa DAP mahu memperalatkan Pas untuk meraih sokongan orang Melayu kerana mereka tidak boleh bergantung kepada PKR.

PKR ibarat parti yang semakin rosak dan penuh kekalutan akibat gelagat pemimpin-pemimpin kanannya. Seterusnya

6 comments:

Anonymous said...

Apakah PR akan hancur di Selangor? Orang Melayu perlu berdoa dan sembahyang Hajat agar orang kafir tidak dapat memerintah dan merampas hak orang Melayu yang sudah pun bernasib malang di tanah air sendiri...........

hangkedee said...

Senjata makan Tuan,Ingat Hadi Ingat."Amanat HJ HADI".Ingat NO 13.Adakah kita sudah bersedia bertuankan Kafir Harbi,yang ingin menghancurkan Islam. Ingat"Langkah mayat ku dulu".Betapa bebalnya ME...la..lu.

Anonymous said...

Jangan risau, Selangor akan terus berada di bawah pemerintahan PKR. Orang Melayu Selangor semua bodoh2 belaka...sanggup menggadaikan hak mereka hanya untuk Anwar Ibrahim. Percayalah, tengok nanti PRU13...Selangor akan kekal dibawah Pakatan dimana DAP yang menguasai pentadbiran...orang Melayu Selangor akan putih mata...sendiri carik pasal...biarkan lah...bila dah hilang segala galanya, baru nak menangis...keluar air mata darah pun tak guna.

Anonymous said...

Bagi depa PAS tu tiket utk jd kaya,berkuasa & popular,bkan Jalan membela Islam,Bangsa & hukum Allah,tu la depa tunduk pd DAP & PKR.Renung2 kan

Anonymous said...

Nak tanya pada Pas...Hadi Awang ni lulus Ijazah dalam bidang apa ye...kenalah belajar Kepimpinan...lupakanlah cara orang Arab sana buat cara orang Melayu...yg telah lama berkerajaan di Nusantara ini...Bukankah yg akan bangkit menghapuskan Yahudi tu dari Timur...Bolehkah golongan itu datang dari kalangan Pas jika tengkahlaku mereka tidak memayiz begini...Tidak tahu membezakan antara yg baik dgn yg jahat?

Anonymous said...

Adoi, sebagai pemimpin, kenalah bercakap dengan penuh kewibawaan, jangan terikut2 sangat dengan sentimen.

Semua rakyat menilai dari tindak tanduk dan percakapan kita. Ramai pembaca senyap dari yang memberi komen dalam apa jua keadaan.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.