Sunday, February 12, 2012


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yakin Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mampu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13, menambah agar jangan mempersoalkan kelebihan Mursyidul Am PAS itu.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum ini mengumumkan akan menyertai pilihan raya umum ke-13 walaupun didesak berundur oleh Umno. Pemimpin veteran PAS berusia 81 tahun ini mula bertanding sejak pilihan raya umum 1967 dan mengetuai pentadbiran Kelantan selepas pilihan raya umum 1990 sehingga kini.

Menurut Harussani, Nik Aziz (gambar) masih mampu untuk meneruskan perjuangan Islam walaupun dianggap “sudah terlalu uzur” untuk terus melibatkan diri dalam arena politik negara. “Masalah perjuangan tidak kira umur, kalau beliau (Nik Aziz) mampu untuk teruskan mengapa perlu dihalang?

“Walaupun beliau lebih berusia daripada saya tetapi saya sudah tidak mampu untuk menyertai politik...saya juga tidak larat untuk melawat kawasan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru Harussani menegaskan semua pihak termasuk pemimpin Umno tidak mempersoalkan kesediaan Nik Aziz untuk terus terlibat dalam politik dan pilihan raya umum ke-13. “Selagi beliau mampu (untuk berpolitik), itu terpulang kepada beliau,” katanya.

** HAHAHAHA..KALAU NIK AZIZ TAK FAHAM JUGA..TAK TAHU LAH NAK CAKAP APA...IKUT SUKA KAMULAH LABUUUUUU.

3 comments:

Anonymous said...

mula-mula baca heran juga. tang last2 tu hehehe. tp ustaz bukan sindir. Betullah apa ustaz cakap. Nik aziz ramai penyokong, kalau larat, bertandinglah tkde sapa nak larang. Kalau tak larat, faham2 sendirilah. Betul tak ustaz?

kehkehkeh Nik Aziz tk reti nk pencen, dh mcm Samy vellu.Kalau bawak ke jalan yg benar takpe juga. Ini lg menyesatkan. Lantak kaulah. Nk tunggu diaibkan PRU13 kot.Kalau allahyarham ust Fadhil Noor akan terus diingat sbg pejuang sebaris dgn allahyarham ust Yusuf Rawa, Nik Aziz mungkin terpahat namanya sbg pelingkup PAS.

acop Melaka/Phg said...

dah menjadi teruk sgt piem dan bini tu, elok nya ustaz berani menegurkan ..sampai piem tu suka menggunakan bomoh dr india yg diceritakan dgn surat pengakuan pemandu dia tu ...tentunya utusex meloya dan tv3suku tentunya x siarkan cerita teruknya aqidah piem last umno mereput ni

Anonymous said...

sya sokong pendapat mufti perak.knapa mau mempersoal hak nik aziz tuk bertanding n berhuang tuk islam adakah nas al-quran n hadis menyatakan ada had tuk berjuang dalam islam nabi pun x berhenti berdakwah sehingga baginda wafat...jadi fikir2la sekurang2nya dia ada g usaha n semangat tuk terus berjuang atas islam berbandig kita yang hanya tau kritik orang tapi apa yang kita da sumbang tuk islam??????? ntah2 cakap pasal solat pun x habis g ni pulak nak persoal ulama......

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.