HOT : NIK AZIZ BENGANG BILA ANWAR SINDIR ULAMA PAS KERANA TAK FAHAM BAHASA INGGERIS??


Satu demi satu masalah dengan Anwar yang tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Malah Anwar semakin menjadi liabiliti kepada mereka.

Dengan kenyataan Anwar apabila ditemubual yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal jelas membangkit kemarahan ramai di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri. Puak-puak UMNO sudah pasti mengambil peluang dari keterlanjuran Anwar ini.

Selepas Ketua Pemudanya mengeluarkan kenyataan, terbaru, Ustaz Harun Taib atas kapasiti sebagai Ketua Dewan Ulama mengecam Anwar kerana menyokong Israel dalam pada PAS yang selama ini bermatian memberi pelbagai kenyataan membantah kekejaman Israel serta berkali-kali mengadakan demonstrasi di depan kedutaan Amerika Syarikat mengecam Israel tiba-tiba Anwar menyanggah PAS dengan menyokong Israel.

Walaupun Anwar cuba membetulkan kenyataannya namun ramai menganggap itu hanyalah sebagai helah yang difikirkan selepas kesilapannya ditegur orang – apa yang orang putih panggil “an after thought”.

Keterlanjuran kata-kata ini menyusul selepas pelbagai keterlanjuran yang dilakukan oleh Anwar. Satu demi satu. Ustaz Harun telah dengan jelas mengeluarkan kenyataannya membantah Anwar serta memohon penjelasan dari Anwar dalam isu Pluralisme Agama.

Ustaz Harun dengan jelas menghukum kufur kepada orang yang menganuti fahaman menyamakan semua agama ini.

Dalam hal ini, Anwar sekali lagi menyalahkan puak ulama bahawa mereka tidak faham bahasa Inggeris. Dalam perbualan dengan beberapa orang yang menegur Anwar atas keterlanjuran Anwar dalam kenyataannya di WSJ, Anwar sekali lagi mengatakan “depa tak reti Inggeris”.

Jawapan yang sama Anwar guna ketika menjawab apabila bantahan terhadap ucapannya menyokong Pluralisme Agama di London dan temubualnya yang mengatakan hukuman ke atas kesalahan jenayah seks sebagai kuno dan perlu dipinda yang disiarkan dalam BBC.

Siri keterlanjuran Anwar ini amat tidak disenangi oleh ustaz-ustaz di dalam PAS.

Di kalangan pimpinan PAS, isu liwat dan video seks sudah sukar untuk ditolak lagi. Hampir keseluruhan ahli dalam Dewan Ulama PAS yakin dengan video Eskay dan lebih separuh dari barisan pimpinan percaya dalam isu liwat II Anwar ini.

Sebab itu ramai di kalangan pimpinan PAS mengelak dari hadir di kediaman Anwar apabila dijemput untuk ke majlis “solat hajat dan doa selamat” malam sebelum 901. Seorang yang bercakap dengan IB secara bersemuka mengatakan bagaimana mungkin beliau hendak menadah tangan untuk berdoa ke atas kemungkaran.

Malah ramai di kalangan “Anwariyyun” (atau yang kini digelar parasit) percaya isu video Eskay. Mereka semacam masih “bersama” sekadar kepentingan permainan politik sahaja.

Setakat pergaulan dan pertemuan IB dengan beberapa pimpinan PAS isu moral Anwar jelas menjadi liabiliti besar kepada mereka malah ianya sedikit mengugat keimanan yang sentiasa dibisikkan dengan pelbagai persoalan kerana terlibat sama “mempertahankan” Anwar.

Sebab itulah apabila Azmin ingin mengumpulkan 100,000 untuk 901, sasaran tersebut tidak tercapai. Ini kerana pimpinan PAS tidak langsung memberi arahan untuk menggerakkan ahli mereka hadir di mahkamah pagi tersebut. Mat Sabu sendiri pun antara orang yang awal percaya dengan masalah moral Anwar ini. - AIDC
HOT : NIK AZIZ BENGANG BILA ANWAR SINDIR ULAMA PAS KERANA TAK FAHAM BAHASA INGGERIS?? HOT : NIK AZIZ BENGANG BILA ANWAR SINDIR ULAMA PAS KERANA TAK FAHAM BAHASA INGGERIS?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:03 AM Rating: 5

3 comments:

  1. Anwar sorang ja ka belajar cakap owang putih? Yg lain tak reti bahasa ka? Takpa aku rasa mesti nik aziz dah ampun dah dosa anwar ni...


    Aryan Brotherhood

    ReplyDelete
  2. Anuar tu belajar bukannya tinggi sanggat - setakat Sarjana Muda, Dortor (PHD) tu pun orng bagi free.

    ReplyDelete
  3. apa sangatlah dosa nuar nih. pok nik dah ampunkan. lagikan dosa zina adun selinsing pun pok nik dah ampunkan. hehehe... jaga2 kelantan. pas pasir puteh dah hancur wal-kelebur.

    sekarang ni 6 parlimen di kelantan dah confirm dalam genggaman bn. 5 parlimen sedang tergugat. tinggal 3 lagi yg payah nk tembus. rakyat kelantan dah tunggu lebih 20 tahun untuk meraikan pembebasan ini. hehehehe...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.