Thursday, February 16, 2012

Inilah Anwar..apa yang dibuat atau dikatanya, semuanya salah UMNO...pelikkan..Kadang-kadang ada juga EP terfikir..UMNO ada letak pisau ke kat leher dia suruh dia buat perkara tersebut..jika Anwar kata UMNO yang memanipulasikan isu atau berita yang menjadi kontroversi itu mengapa Anwar tak saman saja WSJ??..

EP rasa media-media Malaysia dan juga media antarabangsa hanya memetik kenyataan Anwar yang diterbitkan oleh WSJ..jadi WSJ adalah punca utama fitnah ini terjadi..Mengapa UMNO perlu dipersalahkan dalam hal ini..UMNO ada syer ke dalam WSJ yang boleh mengarah WSJ untuk memutar belit kenyataan Anwar..

Anwar patut sedar yang rakyat di Malaysia sudah celik IT...tidak seperti dulu...Apa yang diucapkannya di luar negara dengan sekelip mata boleh diperolehi menggunakan hujung jari..Jika Anwar kata UMNO cuba fitnahnya, bagaimana pula dengan pemimpin luar yang mengecam kenyataannya di WSJ.. Adakah mereka juga budak suruhan UMNO? Senang cakap Anwar sebenarnya sudah terjerat dalam permainannya sendiri.

Berani ke Anwar saman WSJ?? atau Anwar akan tarik balik kenyataannya..Jika Anwar tarik balik kenyataannya..nampak sangat dia KANTOI...malu woo..menjaja sana sini kata orang fitnahnya tapi akhirnya dia sendiri yang tarik balik kenyataannya...Tarik atau tidak..imej anwar tetap tercalar sebagai pengkhianat agama, bangsa dan negara...


Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bersikap terbuka untuk mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil menyifatkan teguran Menteri Besar Kelantan itu sebagai "lembut dan sopan."

Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Nik Aziz Isnin depan berikutan jadual kerjanya yang padat.


"Sebelum ini saya di luar negara dan kini baru pulang dari Bangkok (Thailand), Nik Aziz pula di Kelantan. Tetapi isu yang terjadi ini berbeza. Umno memfitnah saya dan padam kenyataan saya yang mengatakan tentang hak rakyat Palestin.


"Nik Aziz tegur saya lembut dan sopan. Beliau mencadangkan kalau saya ada kata, tarik balik, jika tidak, saman," katanya selepas menghadiri majlis perhimpunan mingguan dan sambutan Maulidur Rasul di Majlis Perbandaran Subang Jaya.


Bagaimanapun, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai pertemuan itu.


Sebaliknya kata Anwar, beliau akan mengeluarkan kenyataan media petang ini.

3 comments:

Anonymous said...

Belit laa, Anwar oii.., selagi boleh belit..!

Anonymous said...

Petang nih pun Anwar akan buat kenyataan lemah lembut dan sopan santun.. Biasa la Peliwat Negara No 1...
Asal Bukan Anwar Ibrahim ~ ABAI

Varto Loc0s...

Anonymous said...

temberang lagi...lagi dan lagi...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.