HOT : ANWAR BENGANG TUN M JADI PENGHALANG AGENDANYA??


Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak sebarang keperluan untuk mengadakan sesi perdebatan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, perdebatan itu hanya membuang masa dan tidak mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negara ini.

"Tiada faedah debat dengan Anwar kerana kita tahu pendiriannya dan dia seperti sesumpah yang boleh bertukar warna pada bila-bila masa saja.

"Apabila dia bersama kaum Cina dia akan menjadi segala-galanya, apabila bersama kaum India, dia akan menjadi seperti orang India dan apabila bersama orang Islam, dia akan bercakap mengenai Islam.

"Apa yang dia dan pengikutnya mahu ialah menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri, jadi saya berpendapat tiada guna dan tak ada faedah (berdebat)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Perkasa Bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan pembangkang yang mahu Najib berdebat dengan Anwar seperti Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berdebat dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Sabtu lalu.

Turut hadir Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Dalam pada itu, ditanya debat antara MCA-DAP itu, katanya, rakyat Malaysia belum bersedia untuk berdebat kerana masih diselubungi sentimen prejudis pada pemikiran masing-masing berbanding rasional sesuatu isu.

"Debat bolehlah seronok orang tengok, tetapi kesan tidak ada. Kalau lakukan tiada kesan ia hanya memburukkan lagi keadaan kerana masing-masing berpegang pada pendirian masing-masing.

"Rakyat Malaysia tidak matang seperti rakyat Amerika. Tetapi di Amerika sekali pun, apabila debat diadakan pada pemilihan Presiden ia hanya menunjukkan kebodohan calon itu," katanya.

Sementara itu, ketika mengulas pertemuan bersama Perkasa, beliau melahirkan rasa kesal dengan keadaan orang Melayu sekarang yang tidak boleh bercakap soal Melayu secara terang-terangan kerana khuatir dicap rasis.

"Jadi, kita kena buat perjumpaan secara rahsia apabila hanya mahu bercakap tentang masalah Melayu.

"Agak menyedihkan dalam negara yang bercakap mengenai kebebasan bersuara dan liberal, tetapi kita tidak boleh cakap langsung mengenai kita sendiri sebab rasis," katanya.

Ditanya kepentingan perbincangan di kalangan orang Melayu setelah berpecah kepada tiga parti, katanya, perkara tersebut sukar direalisasikan kerana ia akan dituduh sebagai rasis.

"Ada sesetengah kata pasal Islam mungkin tidak rasis tapi tidak boleh cakap satu subjek iaitu Melayu," katanya.
HOT : ANWAR BENGANG TUN M JADI PENGHALANG AGENDANYA?? HOT : ANWAR BENGANG TUN M JADI PENGHALANG AGENDANYA?? Reviewed by Empayar Pemuda on 3:12 PM Rating: 5

10 comments:

  1. sokong TUN M,

    banyak lagi keja yg ajib botak nak buat...

    good job ajib...

    bantuan ko dengan BRIM sangat diharapkan oleh puak pas sampai kena beratur panjang pun tak pa...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. Saya 100% menyokong pendapat Tun.

    ReplyDelete
  3. Kalau PM dari bukan kalangan UMNO. pasti ramai yg amat susah hidupnya, pecah tembelang hipokrit Tun M, tembelang kroni, hubungan dagangan Israel. Semua PM dari UMNO, Tun M PM ke 5 selama 20 tahun tapi gagal jg bangunkan Malaysia secara total dan gagal melonjakkan taraf hidup rakyat kelantan dan trengganu. PM apa mcm ni. Ingat tu melayu2 semua. Hipokrit nak mampos. Ingat sapa nak jadi PM jadilah PM untuk Malaysia tau.

    ReplyDelete
  4. anon 3:32 PM

    Apa yang hg merepek nih... PM Malaysia tentu la nak jaga negara.. hg igt mcm PM negara lain ka.. kalu hg xsuka dok dlm negara nih.. hg bole pi dok kat mana negara yang hg suka.. nak salah Tun M gagal membangunkan negeri Kelantan pasai apa pulak.. hg pi la tanya N.ajis a.k.a Wali Selipar pasai apa Negeri Kelantan jadi mcmtu.. Bodoh nak mampus.. ini la kalu otak asyik kena liwat dgn Pakatan Haram.. asyik nak menjubOr je keja hgpa.. kharggggghhh tuihhhhh..

    zoRRo...

    ReplyDelete
  5. anon pro opponent :

    kelantan mundur salahkan Tun?
    kelantan ada 'kajol' nyah pn nak salahkan Tun?
    kelantan ada golkeeper poya-poya salahkan Tun?
    kelantan airnya kotor pn salahkan Tun?
    kelantan pusat pelacuran dari thailand juga salah Tun?
    kelantan pya HIV statistik tertinggi pn salah Tun ke?

    dasar bongok.....tak maju kepala abah kau. agak2 kelantan ada LRT tak? halo brader melaka sudah ada monorail...sudah naik taraf hidup. pasal apa kau ni bodoh sangat? sbb kau pn gagal matematik dan sejarah mcm Nurul Izzah & Mat Sabu ke der...?

    ReplyDelete
  6. Matahtir .. yg dikatakan hebat berhujjah diserata dunia tu pun berDOLAK-DALIK bila dicadang berDEBAT secara terbuka untuk bincang isu2 negara spt MURTAD, HUDUD, PRO-ISRAEL, HUTANG NEGARA, KAPAL SELAM, PKFZ, RASUAH, KRONISME, BAHASA PPSMI, DEB, INTEGRITI MAHKAMAH, DAULAT RAJA2 MELAYU, PULAU BATU PUTIH, BERSIH, GST, NFC, JUAL PASIR, GAJI MINIMUM, SBPA, TOL, KENAIKAN HARGA, DLL .......

    Najib lagila... macam nak menyorok saja bila sebut DEBAT, yg dia laju bila nak "sumpah-menyumpah" ala madu tiga filem p. ramlee ....... "bohong sunat" ..ke?... Muhyiddin, Rais Yatim, Nazri Aziz, Ibrahim Ali, Hassan Ali,.. macamana? .... kakkakah.. ?

    Mana2 negara demokrasi.. semua pemimpin berani berdepan secara ilmiah & demokratik dengan rakyat... tapi di Malaysia.. sikit ugut rakyat dengan ISA la, peruntukan pembangunan la, dll..

    Apakah pemimpin2 auta UMNO ni 'tak ada teloq' nak berlawan secara gentlemen? Hanya berani CAKAP BERDEGAR2 satu hala dalam TV1,2,3, UM, BH, dll tu saja ke...."harimau kertas" ke? .... CUBALA SEKALI... rakyat do tunggu nak tenguk nih.................

    ReplyDelete
  7. Baik buat kerja dari buang masa berbahas dgn Anwar...

    PUTERI SPIN GELARAN TERKINI NURUL IZZAH. Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. Apakah melayu2 UMNO hanya berjuang untuk bela skandal2 golongan elit aristokrat/ ketua2 umno mereka saja....????? atau tukangsorak/ pacak dok tunggu kedatangan ketua2 mereka..... ?

    ReplyDelete
  9. BN , PR....dua2 mcm pelaq, tp dua baguih....ada baik dan bruknya...yg PR sembang putaq alam...lidah bewak...hipokrit..yg BN pula bela kroni2 sampai boroi perut2, bt salah apapn x pa....hkuman bleh kautimm pnya...kalo kena pn x teruk sangat....hahahah elok la dua2 hampa...apapun undi itu rahsia ;-P .....hahahaha

    ReplyDelete
  10. sekurang kurangnye Tun M ngan Najib tak menipu mcm anwar ngan lim guan eng!!!dieorang tu manusia yg x reti reti nak bersyukur!!dah aman damai pun nak buat hal lagi!!aku rase dah setengah abad dieorang berjuang tapi asyik gagal je!udah udah lah tu....bawak bawak la berehat...orang orang gile je nak ikut agenda bodoh korang tu!!!

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.