HOT : AGAK-AGAKNYA KENAPA ANWAR BENGANG DENGAN PENGARAH INI??


Nampaknya tindakan Anwar Ibrahim mengatakan pendirian menyokong keselamatan negara Israel yang mempunyai 200 senjata nuklear dan canggih bukan sahaja mendatangkan kekecewaan kepasa Duta Palestin di Malaysia tetapi turut dikecam oleh pihak-pihak lain.

Sila baca di bawah:

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam seluruh dunia.

Sehubungan itu, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan yang sangat melulu dan melampau berhubung perkara berkenaan.

''Sokongan Anwar ini boleh menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam di seluruh dunia ketika dunia antarabangsa menyeru serta mendukung perjuangan rakyat Palestin melepaskan diri daripada penjajahan Israel,'' katanya.

Beliau dipetik berkata demikian dalam akhbar Rakyat Merdeka, Indonesia yang disiarkan hari ini.

Anwar mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.

Kenyataan ketua pembangkang itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antarabangsa yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin SETERUSNYA
HOT : AGAK-AGAKNYA KENAPA ANWAR BENGANG DENGAN PENGARAH INI?? HOT : AGAK-AGAKNYA KENAPA ANWAR BENGANG DENGAN PENGARAH INI?? Reviewed by Empayar Pemuda on 7:09 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.