Tuesday, February 14, 2012


Gesaan dah buat..boleh kira hebat la tu...tapi EP nak tanya Nik Aziz..Gesaan ini hanya sekadar gesaan politik atau pendirian PAS berhubung isu Israel...apa akan PAS buat jika gesaan ini tidak dilayan oleh Anwar..adakah PAS akan berdim diri dan melupakan kes ini atau PAS akan bawa ke peringkat seterusnya...
Dewan Ulama Pas Pusat  menyifatkan pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam, yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel atau menyaman Wall Street Journal menunjukkaan parti itu tidak tunduk kepada mana-mana pihak dalam memperjuangkan isu-isu umat Islam.
“Kenyataan ini adalah bukti yang jelas bahawa Pas tetap akan menyuarakan pandangannya dan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak apabila membicarakan tentang isu-isu prinsip Islam," kata Setiausaha Dewan Ulama Pas, Dr. Khairuddin Razali.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas.
Dipetik Harakahdaily hari ini, Khairuddin berkata, perkembangan itu juga menunjukkan bahawa Pas tidak akan menjual prinsipnya dalam memperjuangkan Islam.
Semalam, Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, “saya, selaku Mursyidul Am Pas, dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama Pas menggesa Datuk Seri Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal."
“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau," kata Nik Abdul Aziz.
Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Mohd Zawawi Salleh turut menyatakan sokongan tegas yang sama kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Abdul Aziz.
Beliau berkata, Dewan Ulama akan terus bertegas mempertahankan isu Palestin sebagai prinsip utama perjuangan membela rakyat negara itu.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.