GEMPAR : ANWAR BENGANG BILA TAHU BAKAL KENA HALAU LAGI...


Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah Ahad ini.

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

"Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kami tidak mahu Anwar yang menyokong negara Israel hadir ke tempat tinggal kami kerana ia akan mengubah suasana harmoni dan keselesaan penduduk yang telah sekian lama terjalin baik antara pelbagai kaum," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan bersama Setiausaha MCA Bahagian Mersing, Tan Ah Fatt di Balai Polis Endau di sini semalam.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.

"Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya.
GEMPAR : ANWAR BENGANG BILA TAHU BAKAL KENA HALAU LAGI... GEMPAR : ANWAR BENGANG BILA TAHU BAKAL KENA HALAU LAGI... Reviewed by Empayar Pemuda on 8:29 AM Rating: 5

5 comments:

  1. syabas...tindakan yg tepat... kita perlukan motivasi ke arah keamanan & perpaduan...bukannya pembohongan, hasutan, putar belit, adu domba dsb... semoga si peliwat & golongan yg bersubahat mendapat BALA dari Yg Maha Esa...Amin...

    ReplyDelete
  2. takder beza anwar ngan umno.. semuanya najis..

    ReplyDelete
  3. @Anonymous 8:52 AM -- elok lagi la umno dari ko yang jadi pencacai najis hahaha

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Dah elok2 UMNO bg ko idup sempurna ko gelar najis? Ishk Ishk Ishk kalu UMNO ni shit so ANWAR kene jd bullshit!

    ReplyDelete
  5. syabas penduduk Endau yg tolak kedatangan shikh aljub alkardawi alpedang bengkoki yg datang nak pesung mentaliti rakyat Endau Yg terkenal sebagai pendokong kuat keamanan dan kemajuan di bawah BN!...bersihkan diri dulu dgn isu Video tape lucah yg dibuat Datuk Eskay!...mengapa tak berani saman?kalau bukan shikh pelakon utama dlm filem berdurasi kira2 20 minit tu?.. selagi Shikh berdiam diri tak berani saman bermakna shikh pelakonnya!...oleh itu sebelum pegi berkempen ke tempat lain selesaikan dulu kes video Datuk Eskay itu!....barulah cakap serupa bikin! TAK GITU?

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.