APA DOSA SAYA...- LUAHAN HATI AZIZAN YANG KECEWA DENGAN ANWAR??



Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, melahirkan rasa terkilan dan kecewa apabila mendakwa kumpulan tertentu cuba menjatuhkannya daripada memegang jawatan nombor satu di negeri Kedah.

Azizan, 72, berkata, beliau tidak menyangka ada kumpulan tertentu tidak senang dengan gaya kepemimpinannya sejak mengambil alih pentadbiran negeri daripada Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada Mac 2008.

Menurutnya, sebelum ini tiada sesiapa sama ada dalam Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP berdepan dengannya untuk memaksanya meletak jawatan.

Beliau meminta mereka menghormati sistem pemilihan ketua kerajaan melalui pilihan raya jika wujud kumpulan tertentu yang bergerak secara senyap untuk tujuan itu.

“Apa dosa saya? Saya tidak ada skandal perempuan. Tidak sapu projek. Tidak ambil balak. Rakyat Kedah gembira dengan apa yang ada sekarang. Orang yang cuba menjatuhkan saya tidak datang berhadapan dengan saya.

“Kalau mereka menggunakan orang dalaman untuk tujuan itu, saya minta maaf...saya memang tidak tahu. “Kalau hendak tukar saya pun, rakyat yang akan tentukan dalam pilihan raya. Bukan melalui cara politik macam ini.

“Saya akui memang tegas, tetapi ketegasan saya cuma untuk memastikan kerja berjalan sempurna. Mungkin kalau kita tak tegas, orang tak buat kerja dengan baik,” katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, isu berhubung dua Exco, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh tidak harus dieksploitasi pihak terbabit untuk memaksanya meletak jawatan.

Menurutnya, ini kerana ia sebahagian daripada usaha dilakukannya untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri berjalan lancar demi rakyat.

“Kita serahkan kepada rakyat Kedah untuk menentukannya. “Hanya pilihan raya yang boleh mengubah pemimpin,” katanya.
APA DOSA SAYA...- LUAHAN HATI AZIZAN YANG KECEWA DENGAN ANWAR?? APA DOSA SAYA...- LUAHAN HATI AZIZAN YANG KECEWA DENGAN ANWAR?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:17 AM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.