ANUWAR SENDIRI MALU NAK TENGOK VIDEO INI....MESTI TONTON!!



Apakah Majlis Syura Ulama Pas hari ini seperti yang diperkatakan umum iaitu tidak lagi  bertaring atau sudah bertukar wajah ibarat “tunggul kayu” apabila gagal menyatakan pendirian tegas sejurus Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung sokongan Ketua Umum PKR itu terhadap Israel.
 
Sepatutnya Majlis Syura konsisten dan tegas terhadap pendirian yang dibuat sebelum ini dan bukannya mengambil sikap berdiam diri sehingga menjatuhkan maruah dan institusi berkenaan yang dipandang tinggi oleh ahli-ahli parti tersebut, kata  Mudir Pondok As-Saadah, Genting Tumpat, Ustaz Zainal Abidin Awang.

Beliau yang merupakan bekas penyokong Pas  seterusnya menegaskan tindak-tanduk badan berkenaan melukakan hati pengikut dan penyokong Pas yang melihat seolah-olah mereka bersekongkol dengan Anwar.

“Kalau dah “Tok Guru” kata tidak iktiraf negara Israel tunggu apa lagi…sepatutnya badan berkenaan perlu buat keputusan terus dan serta merta bahawa hubungan mereka dengan Anwar tidak lagi seperti dahulu dan Pas perlu tarik diri daripada pakatan pembangkang.

“Bukankah pakatan berkenaan diketuai oleh Anwar Ibrahim…Nampaknya Majlis Syura pun sudah terikut-ikut sedikit demi sedikit dengan sekutunya PKR dan DAP demi kuasa semata-mata. Amat menyedihkan apabila badan yang dibarisi ulama pun sudah tidak berani mengambil satu pendirian yang tegas,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau mengulas tindakan Anwar yang tidak akan menyaman Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam baru-baru ini, Anwar berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini sebulat suara memberi kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan menyaman WSJ bagi membuktikan bahawa beliau tidak menyokong negara berkenaan.

Ustaz Zainal seterusnya menambah, jika Majlis Syura mahu terus dihormati dan disegani, mereka perlu mengambil satu keputusan yang segera dan bukannya berdiam diri yang akan menimbulkan persepsi umum.

“Bukankah Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini sebulat suara memberi kata dua kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan menyokong keselamatan Israel dan menyaman WSJ bagi membuktikan bahawa beliau tidak menyokong negara berkenaan.

“Takkanlah pertemuan dan  penjelasan selama satu jam boleh mengubah segala-galanya. Saya pun tidak tahulah apa lagi yang mahu diulas dan terpulanglah kepada ahli dan penyokong Pas serta rakyat di negara ini untuk membuat penilaian terhadap Pas hari ini.  Kuasa dan politik telah mengubah segala-galanya,” katanya. -MediaUMNO
ANUWAR SENDIRI MALU NAK TENGOK VIDEO INI....MESTI TONTON!! ANUWAR SENDIRI MALU NAK TENGOK VIDEO INI....MESTI TONTON!! Reviewed by Empayar Pemuda on 11:57 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Ini adalah lawak Jamali Shadat pada awal tahun 80'an. Waktu tu saya kecil lagi. Saya suka dengar kaset ini berulang kali. Ada banyak kisah di dalam kaset tu.

    ReplyDelete
  2. wakakaka...video kelakar siot, sapa la punya kija buat panas kt pakatan...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.