AKHIRNYA ANWAR MENGAKU ISRAEL DIBELAKANGNYA SELAMA INI??



Akhbar terkemuka Israel, The Jerusalem Post menerusi penulisnya, Michael Ordman menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap segala usaha yang dapat menjamin keselamatan negara haram itu.

Ordman yang diiktiraf pemikirannya oleh Jerusalem Post kerana prihatin terhadap teknologi bagi menjamin kelangsungan Israel berkata, beliau secara peribadi gembira dengan kenyataan yang dibuat Ketua Pembangkang itu.

"Dari segi politik dunia, secara peribadi saya suka dengan berita bahawa Ketua Pembangkang Malaysia mengiktiraf Israel ketika ditanya sama ada Anwar bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel," katanya.

Beliau berkata demikian sebagaimana dipetik dalam entri terbarunya bertajuk We have lift-off yang ditulis pada 6 Februari lalu, di laman web Jerusalem Post, http://blogs.jpost.com.

Ini bukan kali pertama 'lidah' Israel itu memuji Anwar kerana pada 20 Mac 2008, akhbar sama menerusi rencana bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia's Future Prime Minister?' turut menyanjung Ketua Pembangkang tersebut.

Pada 26 Januari lalu, akhbar The Wall Street Journal menyiarkan kenyataan kontroversi Anwar yang menyokong keselamatan Israel apabila berkata: "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel."

Kenyataan itu mendapat kecaman pelbagai pihak tetapi Anwar menegaskan pendirian tersebut dibuat berdasarkan penyelesaian dua negara dalam isu Israel-Palestin, konsep yang ditentang Pas dan majoriti umat Islam.
AKHIRNYA ANWAR MENGAKU ISRAEL DIBELAKANGNYA SELAMA INI?? AKHIRNYA ANWAR MENGAKU ISRAEL DIBELAKANGNYA SELAMA INI?? Reviewed by Empayar Pemuda on 8:22 AM Rating: 5

3 comments:

  1. Teras sudah menyata diri.siapakah itu diri terperi,siapakah ini diri terdiri,betapakah gerangan diri.Wallahhuaqglam.

    ReplyDelete
  2. nuar da ngaku ha berwaspada la rakyat malaysia israel tetap ngn cita22nya nak menakluk dunia lagi2 kalau sesebuah negara islam

    ReplyDelete
  3. Israel gembira bertambah lagi agennya di dunia...

    PUSAT KHIDMAT NURUL IZZAH SEKADAR HIASAN SEMATA-MATA!! Baca di sini!!

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.