Wednesday, January 18, 2012



1. Dalam sejarah kehakiman di Malaysia, Anwar menang pertandingan membuat “appeal” atau rayuan terhadap keputusan mahkamah yang dikenakan kepadanya.

2. Selama empat tahun kita tidak dengar lain selain daripada appeal Anwar terhadap keputusan mahkamah berkenaan dirinya dalam kes Saiful.

3. Awal-awal lagi dituntut supaya hakim ditukar kerana kononnya berat sebelah. Dengan itu perbicaraan ditangguh sementara tuntutannya ditimbang oleh mahkamah. Masa berbulan-bulan berlalu kerana mahkamah terpaksa menentukan tarikh untuk mendengar rayuannya.

4. Setelah diputus yang hakim berkenaan boleh dengar rayuannya, ada lagi rayuan yang dikemukakan.

5. Jika keputusan yang dibuat baru-baru ini mendapati Anwar bersalah, percayalah ia akan membuat appeal kepada Mahkamah Rayuan (Appeal Court).

6. Jika Appeal Court bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi, maka Anwar akan rayu kepada Federal Court.

7. Jika Federal Court mengesahkan keputusan oleh High Court dan Appeal Court, maka Anwar akan tuntut untuk kesnya dibawa kepada Special Court.

8. Tetapi apabila Anwar didapati tidak bersalah kerana tidak ada corroborating evidence, hak mangsanya untuk membuat rayuan dipertikaikan.

9. Apakah dalam negara ini pembesar pembangkang mempunyai hak istimewa bahawa keadilan hanya berlaku apabila ia didapati tidak bersalah?

10. Apakah dalam negara ini mangsa yang kerdil tidak berhak kepada keadilan sehingga dia tidak boleh merayu untuk didengar oleh mahkamah yang lebih tinggi?

11. Apakah di negara ini keengganan pembesar pembangkang mengangkat sumpah bukan sahaja di masjid dengan menjunjung Al Quran tetapi semasa dibicara dalam mahkamah biasa tidak mempunyai apa-apa makna terutama kepada orang Islam, dan sumpah laknat oleh si kerdil juga tidak boleh diambilkira?

12. Atau apakah menjadi satu daripada perjuangan Pakatan bahawa apa yang disarankan oleh Anwar dalam BBC bahawa undang-undang negara ini sudah lapok dan perlu ditukar kepada kebebasan untuk meliwat mengikut liberalisme Barat?

Oleh Tun Dr Mahathir Mohamad

4 comments:

Anonymous said...

Tun memang hebat ..

Semoga dengan panjangnya umur, Allah akan memberi kesempatan untuk dia berbuat kebajikan..

Semoga penghujung hayatnya ini menjadi kiffarah kepada dosa dosanya..InsyaAllah

Kita juga berharap semoga Allah mengampunkan dosa dosa kita dan menjadikan kita orang yang berjuang menegakkan maaruf dan menentang kemungkaran !!!

Hampir 10 tahun aku 'benci' dengan Tun M kerana terpengaruh dengan dakyah Sheikh Sivaji Anu War Berahi Al Juburi, alhamdulillah aku sempat sedar, semoga aku sekarang berada dilandasan yang betul !!!!

Anonymous said...

Padan muka bang nuar

Anonymous said...

Nak tambah sikit ..

Selama aku terperdaya dengan tipu muslihat Al Alamah Sahibus Samaah As Sheikh Sivaji Anu War Berahi Al juburi, maka aku selalulah bersidai di rumah beliau di Bukit Damansara saban hari siang dan malam...

Al kisah , maka aku melihat berduyun duyunlah pengunjung yang datang dari seantero dunia untuk berziarah kepada 'mangsa konspirasi'..

Dipendekkan cerita, pernahlah aku bertanya dengan pemandu kepada Al Juburi gerangan apakah sebabnya ramai yang berkunjung dan apakah akan hajat hajat mereka. Lalu dikhabarkan kepada aku bahawa mereka itu kebanyakan ahli perniagaan yang datang dengan berbagai bagai hajat dan keinginan, namun yang paling menarik ialah setiap mereka itu akan meningalkan 'buah tangan' berupa chek yang bernilai ribuan ringgit sebagai 'pengeras' untuk mendapatkan imbalan sekiranya as sheikh al juburi berjaya mendapat jawatan sebagai mamak bendahara di negara 'pasir berdenggung' itu ..

Arakian, akan dikisahkan selanjutnya dilain waktu di tempat yang sama .....

Empayar Pemuda said...

kiranya macam skim cepat kaya la. pelaburan yang tiada jaminan.untung sabut timbul.....

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.