PANAS : TRANSFORMASI TERBARU MUSLIMAH PAS MENDAPAT RESTU NIK AZIZ??



‘Jaga..jaga.. Putrajaya’ begitulah irama ‘lagu’ yang dilaungkan Muslimat PAS di tapak parking Mahkamah Tinggi, Jalan Duta sempena dengan sambutan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilepaskan mahkamah daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.



Di sebalik kegembiraan dan keghairahan untuk menawan Putrajaya itu terserlah satu imej baru Dewan Muslimah PAS yang berbeza dengan imej yang ditampilkan sebelum ini.

Apakah ini yang dimaksudkan Datuk Dr Hasan Ali dalam keghairahan menawan Putrajaya akan terkorban jati diri yang diperjuangkan selama ini ?



Sementara itu, mokhzani65 turut mengirimkan satu video yang mengandungi komen-komen pemimpin tertinggi PAS berkenaan pemecatan Dr Hassan Ali.

Turut dimuatkan kegembiraan Anwar yang sedang bergembira menari tarian India.

Barangkali secara kebetulan, setiap kali Anwar naik pentas ceramah untuk kaum India, pasti kakinya akan tergerak-gerak untuk menari.

Dalam pilihanraya kecil Ijok dahulu pun, Ketua Umum PKR itu melakukan aksi yang sama, walaupun sahabat baiknya, Datuk Nallakarupan hanya tersenyum-senyum sinis melihat gelagat Anwar..
PANAS : TRANSFORMASI TERBARU MUSLIMAH PAS MENDAPAT RESTU NIK AZIZ?? PANAS : TRANSFORMASI TERBARU MUSLIMAH PAS MENDAPAT RESTU NIK AZIZ?? Reviewed by Empayar Pemuda on 9:11 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.