PANAS : RAYUAN SHARP SHOOTER GAGAL..RM300 RIBU TETAP MILIK RAIS YATIM


PUTRAJAYA 18 Jan. - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung penyiaran artikel yang memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutus demikian selepas menolak rayuan Amizudin.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan Amizudin yang merupakan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM50,000 selepas mengurangkan separuh daripada kos yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Ketika mengurangkan kos tersebut, Hakim Jeffrey berpendapat, kos RM100,00 itu terlalu tinggi sedangkan kes itu sama pentingnya dengan kes sivil yang lain.

Pada 5 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Amizudin bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Perayu diwakili oleh peguam R. Sivarasa manakala Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mewakili Rais. - UTUSAN
PANAS : RAYUAN SHARP SHOOTER GAGAL..RM300 RIBU TETAP MILIK RAIS YATIM PANAS : RAYUAN SHARP SHOOTER GAGAL..RM300 RIBU TETAP MILIK RAIS YATIM Reviewed by Empayar Pemuda on 9:22 PM Rating: 5

7 comments:

  1. Sapa suruh tembak-tembak.Salah tembak lah lu...muka BARUA!

    ReplyDelete
  2. Pak kaki fitnah PKR, mana nak lari? bayar je le. kan brader kamu pun dah ngaku mahkamah kat mesia ni adil.

    ReplyDelete
  3. no way out for this culprit....tengok mukan pun macam muka penyanggak...padan muka nko....terlajak tulis rm300k jawabnya....penyokong2 haprak tak mahu komen ke?? tak nak kata mahkamah malaysia mahkamah kanggaroo??? yg kanggaroo tu parti haprak pas dan pkr le....tunggu nak kantoi.....

    ReplyDelete
  4. tertembak muka sendiri..!!!!

    ReplyDelete
  5. Lagi bukti sahih dlm pakatan memang ada tukang fitnah. So pencacai2 pakatan toksah tuduh prokerajaan suka fitnah. Jaga peribadi korang dulu ok..hehehe

    ReplyDelete
  6. PADAN DENGAN MUKA KAU SETANNNNN!!!!!!

    ReplyDelete
  7. Kat dunia lg dh Allah beri se'das' supaya ko tu insaf...pehni buat la lagi nk try yg di'sana' plk....

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.