PANAS : PEMIMPIN BN PATUT BERSYUKUR BILA LIM GUAN ENG DAN KHALID IBRAHIM TERIMA PENGIKTIRAFAN INI..


Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang menduduki tiga tempat teratas daripada segi jumlah serbuan polis bagi membanteras aktiviti perjudian pada tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat yang melancarkan Operasi Dadu pada tahun lepas bagi membanteras kegiatan itu melakukan 34,865 serbuan di seluruh negara.

"Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi dengan 6,860 serbuan, diikuti 5,725 serbuan dijalankan di Selangor dan 2,566 serbuan di Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata, jumlah serbuan itu meningkat berbanding 24,541 serbuan pada tahun 2010.

Beliau juga berkata, dalam operasi itu, sebanyak 96,840 mesin judi dirampas di seluruh negara dengan negeri Selangor mencatatkan jumlah rampasan mesin judi tertinggi iaitu 20,000 diikuti Kuala Lumpur sebanyak 15,000 dan Pulau Pinang 10,000.

Katanya lagi, polis berjaya menahan 24,962 orang yang terbabit dalam aktiviti perjudian pada tahun lepas berbanding 20,172 orang pada 2010.

Tambah beliau, daripada jumlah tangkapan pada tahun lalu, seramai 14,523 orang ditahan atas kesalahan berjudi menggunakan mesin komputer, 3,882 orang terbabit dalam kegiatan loteri awam haram, 3,311 orang berjudi dalam bangunan, 2,658 orang berjudi di tempat bebas dan 588 orang sebagai pencatat taruhan haram.MSTAR

PANAS : PEMIMPIN BN PATUT BERSYUKUR BILA LIM GUAN ENG DAN KHALID IBRAHIM TERIMA PENGIKTIRAFAN INI.. PANAS : PEMIMPIN BN PATUT BERSYUKUR BILA LIM GUAN ENG DAN KHALID IBRAHIM TERIMA PENGIKTIRAFAN INI.. Reviewed by Empayar Pemuda on 11:01 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.