Thursday, January 19, 2012


Nampaknya imej Pas sebagai parti Islam terjejas teruk apabila ia ‘terlepas’ portfolio hal ehwal agama Islam di Selangor. Sebaliknya portfolio tersebut, yang sebelum ini diterajui oleh Datuk Dr. Hasan Ali, beralih kepada PKR menerusi Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum disingkirkan daripada Pas, Hasan menyandang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Lebih teruk lagi apabila calon daripada Pas – ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor tidak dilantik bagi meneruskan tugas yang dikosongkan oleh Hasan itu. Yang muncul ialah ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi.

Pelantikan orang lain selain daripada yang dihasratkan oleh pucuk pimpinan Pas Pusat serta ‘pengecilan dan peralihan’ tanggungjawab berkaitan agama Islam itu merupakan tamparan kepada Pas.
Secara mudah ia seolah-olah menampakkan Pas tidak layak lagi untuk menguruskan portfolio berkaitan Islam walaupun namanya parti Islam.

Kalau diimbas beberapa insiden sebelum Hasan dipecat pun, wujud percanggahan ketara di antara Hasan dan kepimpinan Pas lain berhubung isu-isu kepentingan Islam.

Dari segi percaturan dalam pakatan pembangkang di Selangor, jelas sekali suara Pas tidak lagi didengar. Pas di Selangor tidak boleh mendabik dada. Imejnya sebagai parti memperjuangkan Islam, cukup tercalar. UM

4 comments:

Anonymous said...

patut la kalid samad beria ia supaya di cepatkan pemecatan dato hassan dia nak upanya senang kontrol supaya dap tak marah

Anonymous said...

PAS hanyak layak jaga stor sukan je....

Anonymous said...

sepatutnya besarlah kemaluan hj hadi dan nicky ajis. bila dah besar lubang tu makinlah nuargay tak suka....kehkehkehkeh

usin said...

takpe..takpe. biarlah pas s'gor dicop bodoh bangang lembu. takpe, asalkan pkr & dap gembira. tapi ingat, jgn sesekali umno kata pas keldai. itu boleh mendatangkan marah. keldai kalau marah tau2 ajelah. busut jantan boleh runtuh!!!

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.