Friday, January 20, 2012


Nak buat macam mana..nak salah orang Melayu yang menyokong DAP pun tak boleh sebab orang-orang Melayu ni gilakan kuasa dan pangkat.. Jadi inilah jalan yang paling mudah untuk dapat kuasa dan pangkat ialah dengan menyertai DAP.

Ini kerana DAP menjanjikan perkara yang tidak boleh dijanjikan oleh PAS, PKR  termasuk UMNO sendiri jika sanggup bertanding atas tiket DAP walaupun mereka sedar mereka terpaksa mengadaikan agama, bangsa dan tanah air untuk mendapatkan kuasa dan pangkat itu...

DAP didakwa akan meletakkan calon Melayu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang di negeri terbabit. 

Selain itu, parti itu juga akan memilih calon berkenaan di negeri lain bagi memastikan mereka boleh dilantik sebagai Ketua Menteri.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata mereka bertindak demikian berdasarkan kepada pengalaman pahit parti itu di Perak yang memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding lima (PAS), enam (Parti Keadilan Rakyat) tetapi terpaksa memberi jawatan Menteri Besar kepada PAS akibat tidak mempunyai calon Melayu.

“Kali ini, DAP sangat strategik dan akan mengambil seorang atau dua calon Melayu untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti supaya mereka dapat menjadi Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang menang di Perak. 

“Saya melihat ia sebagai satu strategi mengoptimumkan kaum lain, termasuk Melayu... dan orang ramai dapat melihatnya dengan jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Mohamed Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru menyertai DAP. 

Mengulas lanjut, Soi Lek berkata, kaum Cina yang menyokong DAP dengan harapan memperkukuhkan politik Cina ketika pilihan raya umum lalu sebenarnya memperkasakan PAS misalnya, di Perak dan Kedah. BH

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.