Thursday, January 12, 2012


DATUK Seri Anwar Ibrahim telah memperkecilkan keupayaan peguam belanya Karpal Singh apabila mendakwa bahawa pembebasannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana tekanan pihak luar ke atas kerajaan Malaysia.

Kenyataan Karpal kelmarin yang menyangkal dakwaan anak guamnya itu menunjukkan beliau amat tersinggung kerana kejayaannya telah diberikan kredit kepada pihak lain.

Karpal telah bertungkus-lumus memerah otak, menghabiskan banyak masa, menggunakan segala kebijaksanaan profesionnya , turun naik ke mahkamah hampir tiga tahun bagi membela seorang yang diyakini akan dapat memimpin negara ini, sekalipun sebagai seorang peguam bela beliau lebih mengetahui keadaan yang sebenarnya.

Motif politik untuk menunjukkan badan kehakiman tidak bebas telah menyebabkannya hilang sikap pertimbangan dan mendorongkan Anwar membuat kenyataan mengatakan bahawa Mahkamah Tinggi membuat keputusan pembebasannya kerana tekanan Washington dan lain-lain negara luar.

Beliau mahu memberitahu dunia dan juga rakyat negara ini bahawa sistem keadilan dalam keadaan apa pun tetap berada di bawah telunjuk pemerintah. Tuduhan yang sama akan dibuat jika beliau disumbatkan ke penjara.

Karpal Singh sendiri tidak bersetuju dengan pandangan Anwar ini, sebaliknya berkata bahawa pembebasan Anwar tidak ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia sebaliknya ia berdasarkan bukti serta kandungan perbicaraan sepenuhnya.

Oleh kerana sikap prejudis inilah juga maka beliau tidak berterima kasih atau meminta maaf kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membebaskannya walaupun beliau telah menuduh hakim itu berat sebelah dan beberapa kali meminta supaya menarik diri daripada membicarakannya.

Beliau juga tidak meminta maaf kepada orang ramai di seluruh negara dan juga Pas kerana telah membohongi mereka bahawa beliau akan dimasukkan ke penjara dan telah menyebabkan Dr. Hasan Ali dikorbankan oleh Pas, sedangkan beliau tidak menjadi korban.

Sesungguhnya Peristiwa 901 benar-benar menyerupai Peristiwa 911 New York yang sama sekali di luar jangkaan manusia lawan dan kawan serta menggemparkan dunia.

Cuma bezanya 911 menjatuhkan maruah Amerika Syarikat di mata dunia tetapi 901 menaikan pengiktirafan dunia terhadap sistem kehakiman dan keadilan Malaysia dan kredibiliti kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di atas stigma yang dihadapi oleh seorang manusia. UM

2 comments:

Anonymous said...

MAKNAYNYA ANWAR TELAH BER'KONSPIRASI' DGN DUNIA LUAR UTK MENEKAN MALAYSIA SUPAYA MEMBEBASKANNYA, KALAU ITU YG DIDAKWANYA SENDIRI.

TIDAKKAH ITU NAMANYA KONSPIRASI?

JADI, ANWAR LAH BAPAK SEGALA KONSPIRASI.

Anonymous said...

spesis manusia xtau bersyukur...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.