Wednesday, January 18, 2012




Anwar Ibrahim mesti ditolak oleh semua rakyat Malaysia kerana pemimpin PKR itu akan melakukan sesuatu terhadap undang-undang menentang homoseksual jika dipilih mentadbir kerajaan persekutuan, demikian dakwa Datuk Dr Hasan Ali.

Bekas ketua PAS Selangor itu berkata, itu merupakan sebab mengapa dia tidak boleh bekerja atau menghadiri perbincangan empat mata dengan pemimpin pembangkang tersebut, dan temubual baru-baru ini antara Anwar dengan BBC menunjukkan dia mempunyai “pandangan peribadi” berhubung isu tersebut.

“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.

“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang! Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan memberitahu pemberita di sini.

“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.

“Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya."

2 comments:

Anonymous said...

“Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya."

..... yang membuktikan jati diri dan nafsunya!

ANWAR PETUALANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA!

Anonymous said...

Salam, saya nak kongsi pendapat saya dengan pembaca blog EP. Walaupun secara zahirnya, Anwar dibebaskan dari hukuman pada 9 Januari lepas, hakikatnya dia sedang menerima balasan dari Allah. Benarlah apa yang dikata, Allah akan bayar cash apa yang kita lakukan, apatah lagi kalau perbuatan kita menganiaya orang lain. Satu demi satu keaibannya terbongkar. slogan "Rakyat sebagai Hakim" juga sedang menghukum dirinya. Begitulah besarnya kuasa Tuhan. Manusia merancang, Allah juga merancang, tetapi rancangan Allah adalah terbaik. Terimalah padahnya Anwar.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.