Sunday, January 15, 2012


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.

‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.

Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.”

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan daripada wartawan BBC mengenai sokongan yang diterima beliau daripada golongan gay di negara ini ekoran pembebasan daripada tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 9 Januari lalu.

Anwar dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan itu selepas hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari dan tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Pembebasan Anwar disambut baik oleh beberapa pihak yang cenderung menyokong kebebasan hak kumpulan lesbian, gay, bisesksual dan transeksual (LGBT) termasuk sebuah pertubuhan homoseksual di Filipina.

Dalam sokongan kepada Anwar, pertubuhan yang dikenali sebagai Organisasi Progresif Gay Filipina (ProGay) menerusi sebuah portal berita di http://www.tempo.com.ph membuat kenyataan, sudah tiba masanya undang-undang berkenaan liwat yang merupakan sebahagian daripada legasi kolonial British itu dihapuskan.

Di dalam negara pula, beberapa pihak turut menyatakan sokongan pembebasan Anwar itu termasuk Majlis Peguam yang menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Pembangkang yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan iaitu memperuntukkan hubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah.

Malah Presidennya, Lim Chee Wee turut berharap Peguam Negara tidak akan mengemukakan sebarang rayuan berhubung kes itu dan sebaliknya menumpukan sumber-sumber penting Jabatan Peguam Negara menangani jenayah lebih serius. UM


KLIK SINI KALAU NAK TENGOK VIDEO TEMUBUAL ANWAR BERSAMA BBC DI MUMBAI

3 comments:

Anonymous said...

DAH LA TUUUUH..... CUKUUUUP LA.... DAH MUAK.. BERBELAS TAHUN DENGAN GOSSIP 'LUCAH' ANWAR NIH (sejak 1998 - selepas Anwar dipecat oleh Mahathir) ....tak ada isu lain ko ... kau orang pun bukan tengok dengan mata kepala engkau sendiri... hanya dengar2 cerita orang saja.. atau hadis2 saiful atau hadis2 umi hafilda, dll penyebar2 fitnah ... yg tak tentu sahihnya.... kemudian di tokok tambah lagi oleh media2 UMNO/BN.... Aku pun pening dengan politik engkau orang.. masa Anwar dalam UMNO dulu tak ada pulak cerita2 jijik macam ni .. dah keluar UMNO, macam2 teori konspirasi engkau orang rekacipta..... Aku pun tak tau, hanya Allah yg maha mengetahui siapa yg betul, siapa yng bohong!... biar Allah yg tentukan hukuman sebenar di Negeri Akhirat nanti....


Tumpukan POLITIK MELAYU kepada perkara pokok ( FUNDAMENTAL) .. penghayatan Islam, nilai budaya, martabat bahasa, mutu pendidikan, kemiskinan, sosio ekonomi, penyertaan sektor bisnes & industri, masalah peniaga2 Melayu, kebajikan wanita2 Melayu dikilang2/ sector swasta-gangguan seks / solat/ aurat, masalah kronik sosial & jenayah masyarakat Melayu, dsb ..........

Tinggalkan budaya Melayu lama - tabur fitnah, hasad dengki, dendam kesumat, bodoh-sombong, tamak-haloba, tindas-menindas, cantas-mencantas, pemalas, pemboros, ‘biar papa asal bergaya’, ..... TUTUP TIRAI LAMA.... Mari kita bincang & gembeling tenaga... untuk POLITIK BARU .... kearah insan soleh yang berdaya maju!

Anonymous said...

sokong sepenuhnya anon_10.58

Anonymous said...

walau apa pon korang comment aku tetap tak dapat nak terima PM macam si Anu! undang2 kuno konon. habes Quran menentang gay ni kuno jugak ke?

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.