PANAS : HADI AWANG TERKEJUT HASAN ALI ENGGAN TUNDUK PADANYA...


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada di kalangan penyokongnya meminta beliau untuk berbuat demikian.

Beliau berkata demikian pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Taman Bolton, Kuala Lumpur dan disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.

Hasan dipetik berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya.

Pada sesi dialog itu, Hasan dilaporkan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang.

“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.

“Saya sanggup digugur dalam exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam,” katanya lagi dipetik Sinar Harian.
PANAS : HADI AWANG TERKEJUT HASAN ALI ENGGAN TUNDUK PADANYA... PANAS : HADI AWANG TERKEJUT HASAN ALI ENGGAN TUNDUK PADANYA... Reviewed by Empayar Pemuda on 1:46 PM Rating: 5

8 comments:

  1. Tahniah Hassan Ali, tinggalkan parti sesat dan cukup ber "PAraShit" dan "PeleShit" tu.....

    ReplyDelete
  2. NUAR BEKAS BANDUANJanuary 15, 2012 at 2:44 PM

    Hadi akan lebih terkejut lagi apabila dirinya jadi seperti allahyarham Tun Ghafar Baba.Sekarang aljuburi telah letakkan pencacai setianya disekeliling hj hadi didalam pas.Apabila sampai waktunya aljuburi akan umumkan menjadi ahli pas dan arahkan pencacai2nya memilih beliau bertanding jawatan presiden pas menentang hj hadi.Waktu itu baru la perut hj hadi jadi kempis dan menangis mengadu kat hassan ali.
    jangan gelak membaca komen ini>Aljuburi sanggup lakukan apa saja demi cita2nya.Dia tidak yakin dengan kemampuan ahli pkr tetapi lebih yakin dengan sokongan ahli pas.
    Umpama yahudi merampas tanah palestin itu lah cara dan taktik yang aljuburi amalkan.

    ReplyDelete
  3. Hassan Ali tegur kena pecat.
    http://www.youtube.com/watch?v=-hM4x3FJkXc

    ReplyDelete
  4. pak hassan bukan macam kau hadi awang jadi presiden cuma jadi tunggul berasap je kena angguk je pada wali selipar dan peliwat

    ReplyDelete
  5. wahai....... tuan guru nik aziz dan tuan hj hadi kenap ante takut pd ugutan DAP dan PKR hingga kamu sanggup lucutkan Ahli kamu DHMA dari parti kamu tahukah kamu beliaulah yg berjuang menegakkan islam dlm parti kamu mana semangat perjuangan parti kamu kerana nak ke putrajaya kamu sanggup bersengkol dgn segala bapak penipu (DAP&PKR) ahli kamu dah tak percaya dgn kamu lg kah.......... Bulan dah gelap dek kamu berdua

    ReplyDelete
  6. AHLI PAS SEUMUR HIDUPJanuary 15, 2012 at 8:43 PM

    Buat DHA teruskan perjuangan dari luar parti ALLAh sentiasa bersama umatnya yg ikhlas berjuang menegak kebenaran dan agamanya usah takut dan gentar wahai PAK HASAN

    ReplyDelete
  7. Jgn jadi HJ Hadi dan TGN baru kena ugut ngan azmin ali (PKR DAN DAP_ dah sanggup buang serban.

    ReplyDelete
  8. balasan di dunia sedang di laksanakan oleh allah terhadap parti haprak Pas.....satu demi satu keburukan Pas terserlah.....allah maha mengetahui apa yg puak2 ni lakukan...adakah perjuangan mereka menegakkan agama islam atau sebaliknya....janji allah umatnya ..yg baik di balas baik ,,,yg mungkar di balas mungkar....tunguuuuuu

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.