Saturday, January 14, 2012


Tindakan akhbar pembangkang, Suara Keadilan menarik balik artikel yang menyiarkan amanat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup berbuat apa sahaja termasuk menyiarkan amanat palsu untuk menaikkan imej pemimpin utama parti itu.

Ketua Penerangan, Badan Perhubungan UMNO Selangor, Abdul Shukor Idrus berkata, penarikan balik artikel Kenapa Perlu Tawan Putrajaya?: Amanat Ketua Pembangkang Menjelang PRU-13 itu dilihat sebagai amat pelik kerana artikel berkenaan disiarkan oleh akhbar rasmi parti itu sendiri.

"Jadi, bagaimana akhbar rasmi PKR sendiri menyiarkan artikel yang menyatakan ia amanat palsu daripada Anwar, ini amat menghairankan.

"PKR sering membuat dakwaan serta tuduhan kononnya media arus perdana menyiarkan berita palsu dan fitnah terhadap Anwar walhal mereka sendirilah yang sebenarnya menyiarkan berita palsu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan portal berita, Malaysiakini.com yang menyatakan Suara Keadilan menarik balik 'Amanat Anwar Ibrahim' yang disiarkan pada Edisi 49, halaman 18 akhbar itu apabila menyedari ia bukannya amanat daripada Ketua Pembangkang itu tetapi amanat palsu. UM

2 comments:

Anonymous said...

mcm x biasa plak. kan dorang main belakang. tu yg masuk & keluar tu.. hahaha

Anonymous said...

dah nama pun parti PKR.......aljuburi pulak tu...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.