Friday, January 27, 2012


YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali mengulas berkenaan arus baru politik yang dinamakan kuasa ketiga (the third force) yang memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja-raja (IMR).

“Bila nak cerita tentang IMR..kadang-kadang macam terkunci lidah tu..katakan nak bermesyuarat..nak cerita tentang Islam..rasa macam tak habis nak sebut..

“Nak sebut tentang Melayu, kena toleh kiri, toleh kanan..nak sebut raja-raja pun, kadang-kadang rasa keliru nak menyebutnya..Ini saya namakan hambatan-hambatan sama ada dapat dilihat atau tidak dapat dilihat.

“Bagi saya hambatan-hambatan ini mempunyai kesan yang sangat negatif bukan sahaja untuk generasi ini, bahkan untuk generasi akan datang”, katanya dalam Program Soal Jawab TV3, 25 Jan.

Hassan sebeagai bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang memegang porfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam tentunya merujuk ‘hambatan-hambatan itu’ kepada polisi pentadbiran negerinya.

Bermakna jika dibaca secara tersirat, maksud kata-kata Dr Hasan itu, selama hampir 4 tahun menguasai kerajaan negeri, polisi kerajaan Selangor menghakis Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu dan jika dibiarkan berterusan akan memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.

“Syaratnya.. mesti moralnya bagus..dia tak main dengan anak dara orang, tak main dengan isteri orang, tak liwat, tak rasuah, tidak menyalah guna kuasa..itu asasnya..”, katanya.

0 comments:

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.