Saturday, January 28, 2012


Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberi penjelasan tentang komitmennya untuk mempertahankan Israel ketika ditemuramah oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ).
Timbalan Perdana Menteri bertanyakan sama ada kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bermakna beliau (Anwar) mementingkan Israel dan menidakkan hak rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Yahudi itu.
"Adakah dia (Anwar) lebih mengutamakan Yahudi dan Israel daripada Palestin? Adakah ini pendirian sebenar Pakatan Rakyat, sedangkan kerajaan tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel," katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Kampung Kebun Baru, Jementah, Sabtu.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata masyarakat Palestin ketika ini dianggap sebagai rakyat terbuang, tanpa mempunyai tempat tinggal dan pada masa sama berhadapan dengan kezaliman tentera Israel.
Muhyiddin ditanya tentang kenyataan pemimpin pembangkang itu ketika ditemuramah oleh WSJ semalam, di mana Anwar secara terbuka menyatakan ia akan mempertahankan keselamatan Israel.
"Barisan Nasional berasa amat kecewa (dengan kenyataan Anwar itu)," katanya.
Kerajaan, kata beliau, turut berasa amat kecewa dengan proses damai Israel dan Palestin yang telah berlangsung lama tetapi sehingga kini gagal mencapai objektifnya untuk mewujudkan perdamaian di antara kedua-dua pihak. - Bernama

1 comments:

Anonymous said...

Ingat-ingat le org Malaysia, Bila dah sokong Israel, kita pun boleh jadi mcm Palestin. Malaysia ni ramai negara luar suka. Sebabnya negara kita le satu-satunya negara yang aman dirantau ini. Anwar Ibrahim ni patut kene tangkap. Dia dah termalu , mcm2 cerita tentang dia yg tak elok dah keluar. Mcm kata Karam Singh, buah durian kalau ditutp dgn selimut pun, baunya akan keluar juga. Dia tak dpt jadi perdana menteri tapi Malaysia akan hancur dikerjakannya.Ingatle. kita hidup bukan sekali 2 kali oiiiiiii. Di akhirat nanti jwb le. Mcm kata ustaz Kazim Malaikat tanya apa pase kamu masuk neraka? Aku jual negara aku pada Amerika dan Israel. Mampussssssssssssssssss

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.