HOT : WOW!! AZIZ BARI HENTAM NIK AZIZ KAW-KAW PUNYA..?? MALU ADA PEMIMPIN PAS MACAM NIK AZIZ....??


Penganalisa Politik Pas, Prof Abdul Aziz Bari menyifatkan pemimpin Pas tidak mengamalkan sistem politik demokrasi dalam partinya kerana pemimpin Pas tidak mengambil sikap bertanggungjawab dalam kegagalan dalam tugas parti.

Beliau berkata di dalam politik moden atau politik berdemokrasi pemimpin parti akan bertindak melepaskan jawatan disandangnya setelah beliau gagal dalam tugas atau melaksanakan tanggungjawab parti.

"Umumnya saya berpendapat dalam politik moden atau dalam politik berpelembagaan prinsip pertangnggjawaban sangat penting.

"Sebab itu seseorang pemimpin perlu meletak jawatan apabila gagal atau menjadi liabiliti. Ini berlaku secara automatik tanpa disuruh dalam politik yang maju," katanya dalam temubual siasah.

Justeru pada pandangan Prof Aziz itu, jika pemimpin Pas benar-benar maju atau ke hadapan pasti mereka mendengar kata-katanya demi menjamin kestabilan politik dalaman parti agar tiada pihak cuba mempertikaikan kepimpinan.

Atas pandangan Prof Abdul Aziz itu, maka bukan sahaja Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang perlu letak jawatan kerana gagal memenangi kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak, malah termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana, menurut penganalisa politik berbanding Abdul Hadi, Nik Aziz lebih menjejaskan perjuangan partI dan menjatuhkan kredIbiliti parti.

Selain isu penyelewengan ladang rakyat, Nik Aziz juga dilihat gagal menyelesaikan masalah bekalan air untuk rakyat Kelantan biarpun 20 tahun Pas memerintah.

"Lebih memeritkan Pas, sokongan rakyat Kelantan terhadap Pas dilihat merosot dalam dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dan Galas," katanya.

Di Manek Urai Pas menang dengan hanya peroleh 65 undi majoriti sahaja manakala di Galas Barisan Nasional (BN) menang 1,190 undi majoriti.

"Ia satu perkara memalukan untuk Pas Kelantan kerana Nik Aziz adalah Menteri Besarnya tetapi boleh tewas di negeri sendirI dan merosot undian terhadap calon parti yang mentadbir Kelantan," kata penganalisa itu.

Justeru, Nik Aziz juga perlu meletak jawatannya kerana beliau sudah menjadi liabiliti dan gagal melaksanakan tugas penting parti, katanya.

Malahan Prof Abdul Aziz menyifatkan jika pemimpin Pas enggan berbuat demikian maka Pas mengamalkan satu politik yang mundur dan bercanggah dengan perjuangan demokrasi yang dilaungkan parti itu selama ini.

"Saya fikir adalah mustahil tiada ganti,

Kalau tiada ganti apa yang mereka buat selama ini? Jelas budaya Feudal masih kuat dan Pas nampaknya meskipun menjerit-jerit nak buat Islam tetapi masih dalam kepompong budaya negatif Melayu," kata Prof Abdul Aziz. 

** Apa cerita?? Bukankah PAS merupakan parti yang pertama secara ikhlas mempelawa Aziz Bari untuk menyertai parti politik itu.. Kenapa tiba-tiba Aziz Bari menghentam pimpinan PAS?? Adakah Aziz sudah dibeli oleh Husam Musa supaya mendesak Nik Aziz untuk meletak jawatan?? atau PAS sekali lagi dijadikan kambing hitam dalam pakatan haram..nak tunjuk mereka telus dalam memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira parti politik..
HOT : WOW!! AZIZ BARI HENTAM NIK AZIZ KAW-KAW PUNYA..?? MALU ADA PEMIMPIN PAS MACAM NIK AZIZ....?? HOT : WOW!! AZIZ BARI HENTAM NIK AZIZ KAW-KAW PUNYA..?? MALU ADA PEMIMPIN PAS MACAM NIK AZIZ....?? Reviewed by Empayar Pemuda on 10:03 AM Rating: 5

8 comments:

  1. hari tu aku kat warong mamak..ada banyak mee..mee goreng, mee rebus, mee siam, mee maggi, Saji mee Felda pun ada, semua ada.Tetapi mamat nama dia mcm Aziz Bau Kari tu order mesodomi..dia kata ada lagi baik..aku ingat si Aziz barua dah gila....

    ReplyDelete
  2. lepas ini ada yang akan kata prof aziz dah dibeli oleh UMNO

    ReplyDelete
  3. Nasib baik la Aziz Bebiri ni tak terima pelawaan masuk hamPAS dulu, kalau tak, lepas dilambung2 Prof Kangkung ni oleh penganut2 hamPAS... pasti hari ini Prof Kangkung ni akan dipecat serta merta dari PARTI SESAT tu macam Hassan Ali..... siap kene caci maki tak ingat dunia punye...

    Memang bodoh kalau jadi penganut hamPAS....

    ReplyDelete
  4. nilah strategi anwarinas nak tukarkan pas dari kepimpinan ulama kepada kepimpinan profesional@erdogan turki.

    Nilah projek yg tak tamat lagi 'dlm proses' utk buang kepimpinan ulama(penentu keputusan) dlm pas, IRC@JIM@PAS@UMNO@PKR. Neo-con dlm parti pembangkang

    ReplyDelete
  5. biarlah nak hentam nik ajis ke apa, bialah orang mcm ni, nak tarik perhatian, jgn layan sgt dgn cerita mamat ni, semua drama swasta ringan jaa ni.

    ReplyDelete
  6. mangkok ayun macam n.ajis ni memang patut kena hentam..bodoh sombong tak bertempat...bagi fatwa sesat semata2 nak menghalalkan benda songsang ciptaan orang2 Pas dan PKR...elok mampos jer si tua pencacai najis ni..

    ReplyDelete
  7. Jangan marah Nik Ajis ..ko nak marah pun tu penasihat penasihat keliling dia..yang bagi nasihat salah..orang tua tu dengar sebelah pihak je..dia dengar yang buruk buruk aje..dia pun bukan membaca sangat..dia percaya 100% orang hok keliling ..kalau dia banyak membaca dan berfikir tak jadi gini..sungguh..malangnya dia tak sedar orang mempergunakannya termasuk kaum kerabat beliau..sedih sungguh..

    ReplyDelete
  8. sengal lah nik ajis nie...fatwa sesat jer semua..dr aku respek dah tak respek...suka hati jer kapirkan org...da nyanyokkk pastu giler kuasa lakk...cuba ler satu padu kan islam...yg DAP tu dia bole kata baik..yg UMNO nie dia kapirkan..nauzubillah.....kot dia yg kapir kot...

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.