Sunday, January 15, 2012


Barisan Nasional (BN) yakin dapat menawan semula kerusi Parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum berdasarkan prestasi wakil rakyat kawasan itu, Nurul Izzah Anwar yang menurutnya tidak turun membantu penduduk bahagian tersebut.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya menumpang usaha BN membantu penduduk Lembah Pantai.
“PKR hanya tahu mengkritik, tapi hampir empat tahun tiada perkara yang membina telah dibuat, hanya bila kita (BN) berjaya membuat sesuatu, mereka cuba menumpang, contohnya kita dapatkan peruntukan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk cat rumah di Taman Sri Sentosa dan Terminal Sejahtera pun, dia kata atas desakkan dia, bila dia desak, tak ada pun, dia tak buat apa pun selama dua tahun ini," kata beliau yang juga Ketua Umno Lembah Pantai.
Nurul Izzah menang di bahagian Lembah Pantai dengan menewaskan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada pilihan raya umum 2008.
Ia salah satu daripada 10 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh komponen Pakatan Rakyat (PR).
“Selama ini, dia hanya ikut dan perjuangkan bapanya, bila dekat pilihan raya baru nak sibuk jadi pejuang rakyat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina di Padang Bola Sepak Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Taman Seri Sentosa di sini.
Beliau berkata, sikap pemimpin PKR itu menjadikan sokongan rakyat mula beralih arah kepada BN kerana yakin pengundi akan membuat pemilihan atas keupayaan BN yang membantu rakyat.
“BN, Umno, MCA dan parti komponen lain dah lama berjuang bertahun-tahun, malahan saya sendiri sudah 25 tahun di Lembah Pantai, kita tak guna platform untuk keluarga atau kepentingan sendiri.
“Kita ikhlas membantu penduduk Lembah Pantai, itulah perbezaannya dengan PKR," kata beliau lagi.
Raja Nong Chik menambah, "oleh itu, kita boleh lihat sambutan yang telah ditunjukkan oleh penduduk, BN yakin kita boleh rampas kerusi Lembah Pantai."
Ketika mengulas desas-desus akan bertanding di Lembah Pantai menentang Nurul Izzah, Raja Nong Chik berkata, beliau hanya menunggu keputusan pucuk pimpinan jika mahu meletakkannya sebagai calon.
Sementara itu, Raja Nong Chik turut menegaskan, isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) tidak akan mengganggu gugat kedudukan BN untuk menawan kembali Lembah Pantai.
“Kita bagi peluang kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan kita tidak boleh menghukum sesiapa pun, jika (Datuk Seri) Anwar Ibrahim boleh dilepaskan dengan pelbagai andaian, kita beri juga peluang menyiasat dengan betul kepada mereka-mereka yang terlibat.
“Kita tidak boleh anggap orang yang bersalah kecuali didapati memang betul bersalah, biarlah penyiasatan berlaku oleh pucuk pimpinan negara,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Umno Wilayah Persekutuan. SH

1 comments:

praha2 said...

bolih monang tapi sharizat tak bolih tanding disitu. malha dio tak bolih tanding langsung kerano prestasi nyo tak baik. kes nfc eden nak tanyo mengapo bawa wanita umno bersamo? wanita umno tak do kono mengono dongan kes ni. tapi sabit kan wanita umno buet apo? malah mengapo nakl tunggu tok pm buet keputusan ? tak bolih buet sondiri ko? kalo tak bolih usah jadi montori.
eden malo sebagai soran melayu Islam dio tak bolih bezo kan antaro tugas dio dongan kelibatan keluargo dio dalam nfc. ni eden nak bori tahu, kalo nak bn monag bosar dipru 13 sharizat lotak jawatan sekarang.
dang di lombah pantai ni pkr tu bah erpatahlah " lombu punyo susu sapi dapet namo". dan bukan di situ jo malah diserato nogarop apo bilo umno buet sesuatu untk rakyat pr pun nak sampuk lah. it just like the saying goes " yuo cannot beat them ,join them" inilah dikatokan "hidung tak macung, pipi tersurong surong" perangai lintah

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.