Monday, January 9, 2012


Mungkin EP kecewa dengan keputusan mahkamah..Anwar dibebaskan...tetapi bagi Wan Azizah kemungkinan ketika hakim mengumumkan Anwar tidak bersalah merupakan saat yang paling bahagia dalam hidupnya kerana dapat memeluk Anwar setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian....Apa apa pun EP ingin mengucapkan tahniah pada Anwar Ibrahim dan pasukannya kerana telah berjaya dan menang dalam kes ini...dan bagi Saiful pula banyak banyak bersabar dengan dugaan ini..EP harap Saiful dapat kuatkan semangat untuk teruskan hidup..

Apa pula selepas ini??...EP harap ada la jawapan positif..mungkin lepas ini kita akan dengar pula cerita china doll..??

5 comments:

Anonymous said...

CHINA DOLL PUN KALAU KARPAL JADI PEGUAMBELA TENTU...DIA KATA SUKA SAMA SUKA DENGAN CHINA DOLL.

APA2 PUN JAM OMEGA DAH JUMPA KE KAK WAN?

Anonymous said...

Dah2 la Anwar....tidak bersalah di dunia belum tentu tidak bersalah di mahkamah ALLAH.....

ye tak ye....jam omega 'bang non' dah jumpa ke kak wan? memang kita kena taat pada suami tapi bukan lah pada benda2 yang mungkar....

Kerajaan bukan untuk try & error, kalau sesama dia pun mcm anjing dgn dubuk....mcm mana nak tadbir kerajaan...pikir2kan...

Anonymous said...

Sebagai orang Islam kita percaya akan ada pembalasan di dunia atau akhirat. Selapas banyak onar yang di lakukan jika seseorang itu tetap terlepas, pasti hukum Allah di sana tidak dapat kita elak. Di sana tidak ada Karpal & Hakim seperti ini dan yang ada hanya hukum Allah. Pada sesiapa yang tahu kebenaran tetapi tidak menyatakan nya maka laknat lah mereka di sana. Kepada teman-teman yang ada...lihat ke kita betapa murung nya muka Kak Wan. Sepatutnya dia lah orang yang paling gembira tetapi tidak. Kenapa ye. Fikir-fikir kan lah.

Anonymous said...

tepuk dada tanya selera. memang nampak muka kak wan tak gembira...

Anonymous said...

Benar, mereka yang tidak berhati-perut itu tidak memahami apa-apa. Tetapi qalbu itu tidak mungkin boleh ditipu. Riak wajah juga dapat menceritakan segala keperitan dan penderitaan sehingga seolah terdengar jeritan batin seseorang itu kerana kita sesama muslim; umpama cermin yang mencerminkan. Bila qalbu kita disatukanNya sebagai ikhwan muslimin maka setiap cubitan disebelah paha kiri akan terasa juga disebelah paha kanan. Tetapi malang sekali ramai manusia sudah hilang perasaan yang asasi ini sesama manusia kerana kerosakan program diri sendiri. Mereka tidak mengerti apa-apa maka terpaksalah kita berlakon suka-duka jika tidak dunia akan mengatakan kita gila. Pedulikan mereka semua, kerana kalau mengikut kebanyakan manusia hanya akan menyesatkan sahaja. Bersih dan sucikan diri kita masing-masing dari segala kekotoran yang membentuk hijab mata hati. Sentiasa tabah, jangan sesekali berputus asa dan rujuklah al-Quran dan sunnah untuk mendapat petunjuk dan hidayah. Keselamatan atas sesiapa yang mengikut petunjukNya.

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.