HOT : WAN AZIZAH BENGANG DENGAN HRW? KENAPA HRW SIBUK MENCAMPURI KES SUAMINYA?



Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah seorang ketua pembangkang dan Ketua Umum PKR di Malaysia, namun keprihatinan satu organisasi berpengkalan di Amerika Syarikat (AS), Human Rights Watch (HRW) terhadap isu ketua parti pembangkang di Malaysia itu menimbulkan satu persoalan; ‘Siapakah Anwar Ibrahim pada kaca mata HRW ?”.

Petang semalam Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup dari pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, 9 Jan yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Notis rayuan seperti dilaporkan Utusan ditandatangani oleh Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang pernah mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat tersebut semasa Anwar pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

“Keputusan (rayuan) ini bermakna rakyat Malaysia akan terus dihadapkan dengan komplot politik di mahkamah, memandangkan kerajaan menjadikan perbicaraan terhadap satu kes yang sepatutnya bukan kes jenayah” kata Phil Robertson Timbalan Pengarah HRW Asia seperti dilaporkan FMT

Kenapa HRW menganggap dakwaan liwat Anwar bukan satu kes jenayah ? SETERUSNYA
HOT : WAN AZIZAH BENGANG DENGAN HRW? KENAPA HRW SIBUK MENCAMPURI KES SUAMINYA? HOT : WAN AZIZAH BENGANG DENGAN HRW?  KENAPA HRW SIBUK MENCAMPURI KES SUAMINYA? Reviewed by Empayar Pemuda on 9:22 PM Rating: 5

No comments:

Popular

Powered by Blogger.