HOT : VIDEO YANG MEMBUATKAN ANWAR PENING KEPALA...


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diwawancara BBC News, 12 Jan boleh tergelincir akidah jika Ketua Umum PKR bermaksud undang-undang yang menghalang aktiviti homoseksual perlu dipinda kerana tidak sesuai dengan masa kini.
Harussani berkata demikian ketika dipertontonkan rakaman ucapan Anwar itu dalam rancangan ‘Soal Jawab TV3′ bertajuk “Akidah dan Homoseksual” , 18 Jan.
Katanya, setelah mendengar rakaman itu, beliau berpendapat terdapat dua point penting yang ingin disampaikan oleh Anwar, pertama, berkenaan dengan undang-undang lapuk dan kedua, berkenaan menghukum individu yang tidak bersalah.
“Satu dia kata..undang-undang yang ada berkenaan homoseksual ini dah lapuk ataupun tidak lagi relevan pada waktu ini..apakah yang dimaksudkan di situ, maknanya kita tidak perlu menghukum orang-orang yang membuat perkara macam ni (melakukan aktiviti liwat).
“Kalau itu yang dimaksudkan, maka itu adalah satu ucapan yang cukup salah dari segi syarak kerana hukum-hukum liwat itu telah pun wujud dalam Al Quran yang mensifatkan perbuatan liwat itu sebagai fahisah (zina)”, katanya.
Menurut Harussani hukuman terhadap pesalah liwat telah disepakati oleh semua ulama Islam iaitu kesemuanya bersetuju pelaku aktiviti liwat mesti dihukum dan tidak boleh dilepaskan.
“Jadi kalau itu diingkari hukum yang telah disepakati boleh membawa seseorang itu tergelincir daripada akidah..Jadi apabila kita sudah menentang agama yang menentukan hukum, maka sama ada kita mengatakan itu tak betul..kalau itu kafirlah kita..kalau kita kata ianya sudah lapuk, maka fasiqlah kita “, katanya.
Aspek kedua yang dibahaskan oleh Mutfi Perak adalah maksud kata-kata Anwar yang berkata menghukum individu yang tidak bersalah.
“Saya rasa ini kalau maksud ‘tidak bersalah dihukum’..memang dia pun dalam kes baru ni, memang dia tak bersalah..didapati tidak bersalah, tidak dihukum.
“Jadi kalau dia maksudkan, orang yang melakukan liwat itu, tidak ada kesalahan, (tetapi) dihukum, maka itu tidak adil… maka itu (bermaksud dia) menentang hukum..lagi sekali saya menyatakan orang yang menentang itu tidak mempercayai hukum Allah, maka tergelincirlah akidahnya”, katanya.
HOT : VIDEO YANG MEMBUATKAN ANWAR PENING KEPALA... HOT : VIDEO YANG MEMBUATKAN ANWAR PENING KEPALA... Reviewed by Empayar Pemuda on 2:02 AM Rating: 5

6 comments:

  1. sebenarnya pakcik2 yg dok dlm pas bukannya paham pun bahasa inggeris, sbb tu anuwar rilek jer bg komen dlm interview ngan mat salleh tu....
    sib baik ade gak datuk mufti bg penjelasan, cuma masaalah nyer si pokcik2 ni konpem tk mau dengar punye sbb ulama diorang lg pandai...bengong punyer ahli pas....

    ReplyDelete
  2. salam, hehe betul tu anon 2.37, pencacai2 PAS mana reti bahasa Inggeris.. tambah2 yg kt kg2 yg pakai kopiah dh 'kuning' (lama xbasuh) tu..

    anuwar dajjal plak dia punya twist ayat kalah paria.. dia pusing2 bg susah kita nk tangkap maksud.. supaya dia boleh cabangkan dua lidahnya..

    bila bersama dgn org Islam dia boleh ckp.. saya tk sebutkan pasal homoseksual.. Utusan, TV3 alat perkakas UMNO yg merekayasa dan fitnah kenyataan saya bla..bla..

    bila bersama kafir.. YES that is clear that i did admitting to the issue of homosexuality toward BBC interview previously..bla..bla ... then bagsa kafir tu pn tepuk2 sgt we with anuwar..YES..

    dua2 belah si dajjal Nuar ni 'MAKAN'...

    hahaha tunggulah Tuhan pasti azab si dajjal Nuar ni nnt..

    ReplyDelete
  3. muka mcm syaitan..nuar..

    ReplyDelete
  4. Mari kita berdoa agar ust.azhar idrus terbuka hati utk komen. dulu isu dr masyitah dia beri komen..

    ReplyDelete
  5. Ustaz bob lokman juga mungkin boleh ber pandangan

    ReplyDelete
  6. Tanya apa Bob Lokman tuuuh... Tanya Nik Aziz n Hadi Awang lah, apa komen depa. Sbenarnya Hadi dan Nik Aziz pun nak lari terjun laut cina daaahhh..

    ReplyDelete

Popular

Powered by Blogger.