Friday, January 27, 2012


Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.

‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja. 

‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.

Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar. UM

9 comments:

Anonymous said...

aku bet dia takkan berani saman punye..
tapi pencacai2 dia masih tak nampak semua tu..

Megat Alam Gempita said...

Hehehe

Video dia main gay cina di sebuah rumah urut refleksologi di Hong Kong semasa beliau menghadiri seminar ekonomi Asian Renaissance pada tahun 2009 dan video Anwa cium Sukma Darmawan di dalam lif sebuah hotel di selatan Jakarta pada 2010 pun ada dalam simpanan skuad kami, tunggu masa untuk didedahkan.

Bebudak Kesatuan Himpunan Mahasiswa Indonesia (KAHMI) dan beberapa ahli politik Indonesia dah tengok minggu lepas tunggu meletup jer!!!!

Anonymous said...

Sekarang nie kat beberapa website indon telah disebarkan...hanya tunggu masa saje ... dikabarkan rakaman dalam bentuk dvd juga telah tersebar...

INSAFLAH WAHAI UMMAT...

Anonymous said...

Dia ni memang kaki penipu kaki pembelit tak usah lagi lah nak berangan dia nak jadi PM...kalau jadi habis lah negara kita kena gadai kpd Cina dan Spore

Anonymous said...

tak boleh jadi bukti pasal besi, plastik dan sebagainya yang sekutu dengannya bukan bahan bukti yang kukuh. kerana mengikut hukum hudud pas, hanya 4 pasang mata ahli pas berdarah hijau sahaja yang layak jadi saksi. kena bawa 4 ahli pas untuk melihat anwar beromen baru la boleh dipercayai. itu pun selepas anwar memasukkan pelirnya itu ke dalam faraj atau dubur. anwar akan selamat selagi dia tak berzina di rumah n.ajis, haron din. rumah mat sabu, taib azamudin,hadi awang, husam masih lagi selamat pasal depa pun nak join sekali.

Anonymous said...

Mamat nuar ni kalau jadi pm abeh malaysia ni... semua undang2 berkenaan LGBT, kawin sejenis, liwat akan dipinda dan dimansuhkan.. masa tu nanti bila dia dah berkuasa semua lebai2 di dalam pas akan jadi pak turut.. apa saja yg dia kata walaupun salah akan dihisap dan disedut serta diterbalikan fakta mengikut pandangan ustaz dan lebai dalam pas. Masa itu semua apa akan jadi pada malaysia digenerasi akan datang anak2 dan cucu kita semua? Adakah malaysia akan menjadi negara islam lagi? Puak pembangkang nak tunggu depa kena liwat baru depa akan percaya pelakunya adalah anwar kot.. sumpah tak berani... saman tak berani.. jam omega mana?

Aryan Brotherhood

manjung said...

wo ho cepat la sikit aku nak tengok ni...dah tak sabaq ni bila lagi buat tayangan perdana. habis la ko anuWar...huhuhu

Anonymous said...

Simpan jelah, jgn bagi orang tengok. Bagitau jln cerita cukup. Bukti dosa dia dah banyak dah...

Orang BODOW je tak mau percaya. Bukan apa. Kita seronok buka aib orang, akhirat nanti ... masya'Allah. Na'uzubillah. Jgn rasa kita tak buat macm dia, kita tak blh masuk neraka...

Aku dah nasihat. Lepas tanggungjawab.

apapun PRU13 > Anwar is DEAD.

-putu ne panji semerang

Anonymous said...

tentang part ni, memang da tk bole kata umno suroh buat..dia ni da jenis mcam tu..steam kodok..mandi air 7 telaga pun da tk mampan da..nasib kau la belalang...

Post a Comment

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.